Font Size

Profile

Bantuan W3C

Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat Dan Sihat 2017 Peringkat Negeri Sembilan

Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat 2017 Peringkat Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada 18 Mei 2017 bertempat di Wisma Negeri. YAB Menteri Besar telah menyampaikan hadiah dan sijil pemenang pertandingan. Turut hadir bersama Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan). Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat 2017 Peringkat Negeri adalah acara dwitahunan anjuran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768