Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2021 (Sehingga 9 Januari 2021)
Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 1) iaitu sehingga 9 Januari 2021 menunjukkan peningkatan bilangan daftar kes berbanding minggu ke 53 tahun 2020 iaitu dari 15 kes kepada 21 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu ke satu (1) adalah sebanyak 18 kes didaftarkan di daerah Seremban, dua (2) kes di jempol dan satu (1) Tampin. Tiada kes di Port Dickson, Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah kosong (0) kematian sehingga 9 Januari 2021. Tiada kes zika dilaporkan. Masyakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan pemutuskan jangkitan demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.
Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-1 (3.1.2021 - 9.1.2021)
Bil. |
Lokaliti |
Bil. Kes |
Tarikh Tamat |
1 |
Taman Jasmin |
9 |
23/1/2021 |
2 |
Laman Delfina Nilai Impian |
6 |
20/1/2021 |
3 |
Taman Desa Anggerik (Jln. BBN 9/1) |
3 |
12/1/2021 |
4 |
Bandar Seremban Selatan Fasa 1 |
2 |
19/1/2021 |
5 |
Kg Ismail |
2 |
20/1/2021 |
Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)