272 Anugerah Keputeraan Tuanku Muhriz

SEREMBAN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengetuai senarai 272 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-73, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir pula masing-masing menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai empat individu menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Penerimanya adalah Pakar Perundingan Bedah Kardiotorasik dan Jantung Kongenital, Datuk Dr Hamdan Leman; Penasihat Undang-Undang Kumpulan YTL Corporation Berhad, Datin Kathleen Chew Wai Lin; Pengarah Syarikat MRA Consultants Sdn Bhd, Tengku Mu`adzam Sadruddin Tengku Noone Aziz dan Pakar Kardiologi, Datuk Dr M Tamil Selvan.

Seramai 20 individu pula dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka yang menerima DBNS ialah bekas Ketua Pengarah Perancangan Strategik Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) Ketiga, Brig Jeneral (B) Abdul Aziz Ahmad; Timbalan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin.

Selain itu, Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Edward Chong Sin Kat; bekas Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak; Peguam V Gobi; Presiden Kibing Group Malaysia, Lim Swee Ee; bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Masri Baharuddin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Masri Razali;

Aktivis masyarakat Mk Ibrahim Abd Rahman dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Turut menerima DBNS ialah bekas Pengarah Semboyan Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat, Brig Jeneral (B) Mohd Rashid Abdul Razak; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan), Muhamad Nahar Mohd Sidek; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Nor Azmi Musa.

Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norman Mohd Saleh; Arkitek Datuk Ar Norman Selamat; Pengarah Urusan TRI Pacific Engineering Sdn Bhd, Ong Kian Joo; Peguam Syarie Rowena Khalid dan ADUN Chuah, Yek Diew Ching.

Sementara itu, seramai 13 individu menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (seorang), Darjah Pekerti Terpilih (11), Ahli Setia Negeri Sembilan (36), Setiawan Tuanku Muhriz (tiga), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (55), Pingat Jasa Kebaktian (107), Bentara Tuanku Muhriz (12) dan enam penerima Pingat Khidmat Lama.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik, dalam sidang media hari ini, berkata kesemua penerima telah dimaklumkan mengenai penganugerahan berkenaan melalui surat rasmi.

"Gelaran ini boleh digunakan pada nama masing-masing mulai hari ini walaupun istiadat majlis itu tidak diadakan," katanya.

Sumber: Berita Harian

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png1.png6.png6.png8.png3.png8.png
Hari Ini52
Semalam926
Minggu ini5092
Bulan ini22153
Keseluruhan166838

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543