Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020 untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurankan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik. Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalan jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan klinik kesihatan KKM bagi megelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pneumokokal1 Pneumokokal2 Pneumokokal3

(Klik pada gambar untuk besarkan)

#pneumokokalkkm
#vaksinberkesan
#imunisasi

Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2020 (Sehingga 28 November 2020)

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 48) iaitu sehingga 28 November 2020 menunjukkan penurunan bilangan daftar kes berbanding minggu ke 47 tahun 2020 iaitu dari 32 kes kepada 30 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu ke 48 adalah sebanyak 25 kes didaftarkan di daerah Seremban dan lima (5) kes di Tampin. Tiada kes di Port Dickson, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah lapan (8) kematian sehingga 28 November 2020. Tiada kes zika dilaporkan. Masyakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan pemutuskan jangkitan demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.

Kawasan-Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-48 (22.11.2020  -  28.11.2020)

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Taman Arowana Indah

Hotspot

10

12/10/2020

30/11/2020

2

Seremban

Taman Tuanku Jaafar Fasa 3

WT

3

16/11/2020

2/12/2020

3

Seremban

Desa Pinggiran Bayu

WT

3

18/11/2020

4/12/2020

4

Seremban

Flat Cempaka

WT

3

20/11/2020

11/12/2020

5

Seremban

Appartment Desa Jati

WT

2

23/11/2020

7/12/2020

6

Seremban

Nusari Aman 3

WT

2

24/11/2020

8/12/2020

7

Seremban

Jalan Tok Ungku

WT

2

24/11/2020

8/12/2020

8

Seremban

Appartment Desa Palma

WT

2

25/11/2020

9/12/2020

9

Seremban

Taman Nusari Bayu 1

WT

2

27/11/2020

11/12/2020

10

Tampin

Taman Asahan Jaya

WT

3

27/11/2020

11/12/2020

Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal

TPKN BKKM bersama PKNBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Sembilan melalui kumpulan Jetsetter telah mendapat JOHAN bagi Pertandingan Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 (Kategori Perkhidmatan). BKKM Negeri Sembilan merupakan BKKM pertama berjaya mendapat JOHAN di Pertandingan Inovasi KKM (Peringkat Kebangsaan).

Projek yang dipertandingkan adalah Kit4Me di mana ia merupakan sebuah kit yang menjadi One Stop Centre Information dengan menggabungkan semua maklumat berkaitan aktiviti di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan seperti Aktiviti Pensijilan (MeSTI, GMP, HACCP), Pengiktirafan, Pelesenan, Pengeksportan, Sekolah Latihan Pengendalian Makanan serta urusan aduan dan kompaun.

Kit4Me ini bukan sahaja digunakan oleh pegawai teknologi makanan malah juga dapat digunakan oleh pegawai sokongan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dapat disampaikan dengan lengkap, cepat dan tepat. Sekaligus memberi keyakinan kepada setiap pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas.

Kumpulan Jetsetter mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pengarah Kanan BKKM, Pengarah JKNNS, TPKN BKKM JKNNS, UKKM Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Sembilan, serta BKKM setiap negeri di Malaysia.

Tidak dilupakan maklumbalas yang diberikan oleh agensi yang terlibat (Bahagian Pengurusan Halal, JAHEINS dan Bahagian Industri Ternak (JPVNS), dan Bahagian Kesihatan Awam (Unit Promosi dan Pemakanan) diatas kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Semoga BKKM Negeri Sembilan semakin bersemangat dan sentiasa maju dengan penghasilan projek terkini dalam membudayakan kerja yang lebih inovatif dan kreatif.

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png1.png2.png
Hari Ini339
Semalam763
Minggu ini3447
Bulan ini2713
Keseluruhan97312

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543