Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2021 (Sehingga 20 Februari 2021)

Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2021 (Sehingga 20 Februari 2021)

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 7) iaitu sehingga 20 Februari 2021 menunjukkan peningkatan bilangan daftar kes berbanding minggu keenam tahun 2021 iaitu dari 14 kes kepada 17 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu ketujuh  (7) adalah sebanyak 14 kes didaftarkan di daerah Seremban dan masing-masing satu (1 ) kes di Tampin, Rembau dan Jempol. Tiada kes di Kuala Pilah, Jelebu dan Port Dickson. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah satu (1) kematian sehingga 20 Februari 2021. Tiada kes zika dilaporkan. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilaksanakan bermula pada 19 Februari sehingga 4 Mac 2021 dimana kawalan denggi dilaksanakan dengan menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan mengikut garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di rumah bagi membunuh nyamuk dewasa. Tiada Aedes, Tiada Denggi.

Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-7 (14.2.2021  -  20.2.2021)

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Taman Jasmin

Hotspot

15

4/12/2020

22/2/2021

2

Seremban

Taman Ampangan Fasa 1 (Jln 1 – Jln 15)

WT

3

8/2/2021

2/3/2021

3

Seremban

Kawasan Perindustrian Nilai 3

WT

2

9/2/2021

22/2/2021

4

Seremban

Laman Azalea Nilai Impian

WT

5

11/2/2021

23/2/2021

 

Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png1.png6.png6.png8.png5.png1.png
Hari Ini65
Semalam926
Minggu ini5105
Bulan ini22166
Keseluruhan166851

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543