Bahagian Perkhidmatan Farmasi

  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Negeri Sembilan merupakan agensi yang bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti. Bahagian ini terdiri daripada tiga cawangan utama di peringkat negeri iaitu Pengurusan Farmasi, Amalan dan Perkembangan Farmasi dan Penguatkuasaan Farmasi.
  • Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan mengikut peraturan.
  • Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi merupakan khidmat sokongan kepada Program Perubatan dan Kesihatan Awam. Pengurusan aktiviti ini adalah di bawah kedua-dua program berkenaan. Walaubagaimanapun penyelarasan dan pemantauan aktiviti adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri.
  • Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. CPF juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.
  • Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.
  • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional
Image

PENGURUSAN FARMASI

  • Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan mengikut peraturan.

AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI

  • Amalan dan Perkembangan Farmasi mempunyai objektif utama yang memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi meningkatkan Perkhidmatan Farmasi di hospital dan klinik kesihatan di Negeri Sembilan.

PENGUATKUASA FARMASI

  • Penguatkuasa Farmasi berperanan bagi menguatkuasakan undang-undang yang diamanahkan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan kepada ‘stake holder’, pemeriksaan, kawalan pintu masuk, kawalan iklan perubatan & perkhidmatan, serbuan dan pendakwaan. Cawangan ini juga mengeluarkan lesen racun bagi tujuan kawalan bahan-bahan kimia di bawah Akta yang dikuatkuasakan.                    
  1. Segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, amanah, cekap dan secepat mungkin mengikut keperluan.
  2. Permohonan  lesen/permit racun (lesen racun jenis A,B,E, Permit NaOH dan Permit Psikotropik) yang lengkap diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
  3. Semua pertanyaan dan aduan awam akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan.
  4. Setiap aduan ke atas kegiatan haram berkaitan ubat-ubatan akan disiasat dengan terperinci dan diambil tindakan sewajarnya.
  5. Setiap tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan akan dilakukan dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh apa-apa kepentingan dan prasangka.
  6. Bersedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain dalam perkara yang berkaitan.
  7. Setiap permohonan lesen/permit racun yang ditolak akan diberitahu sebabnya.

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png0.png4.png
Hari Ini331
Semalam763
Minggu ini3439
Bulan ini2705
Keseluruhan97304

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543