Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berperanan bagi memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.

  • Undang-undang yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut:
    • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya
    • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak) 1989 dan peraturannya
    • Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)
    • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya
    • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan peraturannya
  • Seksyen-sekysen di bawah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi adalah:
    1. Seksyen Risikan dan Operasi  
    2. Seksyen Pelesenan dan Kawalan di Pintu Masuk  
    3. Seksyen Seksyen Siasatan dan Pendakwaan
    4. Seksyen Iklan dan Perkembangan Penguatkuasa

Seksyen Risikan dan Operasi

  • Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi, produk yang mengandungi racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
  • Menjalankan aktiviti audit ubat-ubat terkawal.

Seksyen Pelesenan dan Kawalan di Pintu Masuk

  • Unit Pelesenan bertanggungjawab memproses Lesen Racun Jenis A/B/E, Permit NaOH dan Permit Bahan Psikotropik di bawah Akta Racun 1952.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti saringan dan pemeriksaan pengimportan produk dan bahan-bahan yang dikawal di pintu-pintu masuk Kastam.
  • Unit pemeriksaan bertanggungjawab ke atas aktiviti pemeriksaan untuk memastikan kepatuhan pemegang lesen terhadap peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan. Pemeriksaan meliputi premis berlesen dan premis berdaftar seperti klinik, farmasi, hospital perubatan, pergigian, veterinar swasta, premis pemborong dan kilang yang mengendalikan ubat-ubatan terkawal dan bahan kimia berjadual. Pemeriksaan juga dijalankan ke atas premis yang tidak mempunyai lesen racun seperti kedai runcit, kedai ubat, pasar malam, kiosk, salun kecantikan, spa, gimnasium, pengamal perubatan tradisional dan lain-lain lagi
  • Unit kawalan pintu masuk bertanggungjawab untuk menjalankan kerjasama dengan pihak Kastam untuk menyaring pengimportan/ bawa masuk barang-barang yang dikawal di bawah Perundangan Farmasi supaya pengimportan tersebut mematuhi peruntukan undang-undang.

Seksyen Siasatan dan Pendakwaan

  • Menjalankan siasatan kes berkaitan perlanggaran dan kesalahan yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.

Seksyen Iklan dan Perkembangan Penguatkuasa

  • Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak, media elektronik, media baru (selain media cetak & elektronik) dan pemeriksaan premis bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.
  • Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.
  • Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.
  • Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan penguatkuasaan farmasi.
  • Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan untuk kegunaan kempen berkaitan penguatkuasaan farmasi
Image

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png4.png3.png7.png2.png4.png
Hari Ini480
Semalam292
Minggu ini480
Bulan ini9049
Keseluruhan43724

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543