Cawangan Pengurusan Farmasi

Cawangan Pengurusan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • Cawangan ini bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentadbiran dari segi pembangunan, sumber manusia, kewangan, perkhidmatan sokongan dan pengurusan latihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Terdapat pelbagai usaha yang talah dijalankan di Cawangan Pengurusan Farmasi bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perlaksanaan sistem kerja antaranya menyediakan fail meja, pengurusan fail dan surat menyurat, memantau perbelanjaan kewangan serta perlaksanaan latihan-latihan yang dapat meningkatkan kecekapan dan pengetahuan anggota farmasi.
  • Seksyen-sekysen di bawah Cawangan Pengurusan Farmasi adalah:
    1. Seksyen Pentadbiran dan Kewangan Farmasi
    2. Seksyen Perkembangan& Pengurusan Maklumat
    3. Seksyen Pembangunan Profesion Farmasi& Kualiti
  • Seksyen Pentadbiran dan Kewangan Farmasi
    • Merancang dan mengurus Pentadbiran Kewangan dan Perkhidmatan anggota farmasi di ibu pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program farmasi.
    • Memastikan perancangan, pembangunan fizikal dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan strategi, program dan aktiviti farmasi dapat dilaksanakan dengan berkesan.
    • Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk ubat dan bukan ubat serta peralatan dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif farmasi.
  • Seksyen Perkembangan& Pengurusan Maklumat  
    • Merancang projek pembangunan seperti projek-projek menaiktaraf dan baru bagi hospital dan klinik kesihatan Farmasi Negeri Sembilan
    • Memantau projek bagi memastikan perlaksanaan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
    • Merancang dan menyelaras keperluan latihan berkaitan ICT kepada anggota jabatan.
    • Memantau keperluan prasarana ICT, keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan/ rangkaian/bilik server dan perisian ICT jabatan.
    • Memantau khidmat sokongan teknikal berkaitan ICT jabatan.
    • Penyebaran maklumat farmasi melalui laman web jabatan.
    • Merancang, menyediakan, melaksanakan dan memantau polisi berkaitan ICT jabatan.
  • Seksyen Pembangunan Profesion Farmasi& Kualiti  
    • Merancang aktiviti –aktiviti berkaitan kualiti yang ada di setiap cawangan Farmasi Negeri Sembilan
    • Memantau perlaksanaaan aktivititi berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), ISO, EKSA dan QAP.
    • Memantau prestasi pencapaian Perkhidmatan Farmasi dan mengambil tindakan penambahbaikan serta mengesyorkan tindakan pencegahan.
    • Merancang, mengurus serta menyemak keperluan peruntukan dan perbelanjaan bagi program latihan farmasi.
    • Merancang  dan memantau kemajuan dan perlaksanaan latihan anggota Farmasi
Image

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png1.png5.png
Hari Ini342
Semalam763
Minggu ini3450
Bulan ini2716
Keseluruhan97315

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543