Unit HIV/STI/HEP C

Unit HIV/STI/HEP C, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Unit AIDS/STI telah ditubuhkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sebagai salah satu unit yang bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, membuat pemantauan dan evaluasi terhadap program pencegahan dan kawalan AIDS/STI di peringkat negeri.

  • Untuk membentuk satu masyarakat yang progresif dan bebas daripada wabak HIV/AIDS berlandaskan kepada prinsip Kesihatan Awam dan nilai moral yang tinggi
  • Untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan semangat profesionalisme dan berkualiti melalui komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan

Objektif Unit AIDS/STI Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah selari dengan objektif program pencegahan dan kawalan Cawangan AIDS/STI, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga adalah selaras dengan syor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan program UNAIDS.  Objektif program ini adalah seperti berikut :

  1. Untuk mengurangkan risiko dan mencegah penularan jangkitan AIDS/STI
  2. Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti berkaitan dengan AIDS/ STI
  3. Untuk menggunakan sumber yang ada dalam melawan penularan AIDS/STI
  4. Untuk mempromosi dan menambah kerjasama di kalangan agensi-agensi tempatan, kebangsaan, serantau dan  antarabangsa.
  5. Memantau trend kejadian penyakit HIV/AIDS seluruh Negeri Sembilan
  6. Memantau trend kejadian penyakit 'sexually transmitted infection (STI)' seluruh Negeri Sembilan
Image
  • Pengesanan awal jangkitan HIV melalui program-program saringan HIV.
  • Mengawasi situasi keadaan epidemiologi penyakit melalui aktiviti surveilan HIV/AIDS dan kematian akibat AIDS
  • Memastikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan mencukupi kepada komuniti
  • Menyebarkan maklumat melalui pendidikan dan komunikasi berkaitan AIDS/STI
  • Menggalakkan Promosi Cara Hidup Sihat
  • Mengurangkan kemudaratan (harm reduction) dan stigma kepada golongan yang berisiko.
  • Mencegah penyebaran dan penularan jangkitan HIV/AIDS dan STI.
  • Mengurangkan impak HIV/AIDS dan STI ke atas individu, keluarga dan masyarakat
  • Menggerakkan sumber-sumber yang ada dalam membanteras kes HIV/AIDS dan STI
  • Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi tempatan

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png3.png1.png
Hari Ini358
Semalam763
Minggu ini3466
Bulan ini2732
Keseluruhan97331

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543