Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah nadi perkhidmatan dalam pelaksanaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di Negeri Sembilan.

  • Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan Program-Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang profesional, efisyen, saksama dan mesra
  • Unit Penyakit Bawaan Vektor akan melaksanakan program-program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang merangkumi bidang pencegahan dan kawalan dengan anggota yang mahir dan terlatih dengan bantuan peralatan yang lengkap dan berteknologi tinggi.
  • Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah seperti berikut :
    1. Mengurangkan morbidity (kejadian) dan mortality (kematian) Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di Semenanjung Malaysia
    2. Mencegah kejadian Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di kawasan yang sedia bebas daripada penyakit-penyakit bawaan vektor.
  • Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor yang utama adalah Malaria, Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah, Penyakit Filariasis, Penyakit Scrub Typhus, Penyakit Japanese Encephalitis(JE), Penyakit Chikungunya, Penyakit Hawar dan Penyakit Demam Kuning.
  • Sistem surveilans
  • Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
  • Pengesanan awal dan rawatan kes
  • Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
  • Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
  • Pembangunan kapasiti
  • Penyelidikan
  • Sistem surveilans
    • Memantau pelaporan semua kes Penyakit Bawaan Vektor melalui telefon, borang notifikasi atau Sistem e-notifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan
    • Memastikan dan memantau pengisian dalam pengkalan survelan melalui system e-Notifikasi, e-Denggi, Vekpro Online dan lain-lain pelaporan secara manual supaya pengkalan survelan dalam keadaan lengkap, tepat dan terkini bagi kes kes Penyakit Bawaan Vektor

  • Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
    • Menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi kes Penyakit Bawaan Vektor seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Semburan Ruang Thermal (SRT) , Semburan Ruang Ultra Low Volume (SRULV) , Pengedaran Kelambu Berubat dan Semburan Residu
    • Menjalankan pemantauan kehadiran vektor dengan pemasangan ovitrap di kawasan keutamaan 1, kawasan wabak dan pelabuhan

  • Pengesanan awal dan rawatan kes
    • Menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam kepada kes Penyakit Bawaan Vektor yang dinotifikasi bagi mengetahui punca jangkitan Penyakit Bawaan Vektor
    • Melaksanakan ujian saringan untuk kumpulan berisiko melalui pengwujudan smart partnership dengan majikan syarikat perladangan, tempat pembinaan dan kem pembalakan untuk mendapatkan senarai pekerja bagi memudahkan aktiviti saringan dilaksanakan
    • Melaksanakan Active Case Detection (ACD) di kawasan bermasalah kes Penyakit Bawaan Vektor bagi mengesan kes baru dan kontak
    • Mengkaji slaid darah ACD bagi Penyakit Malaria dan Penyakit Filariasis di peringkat Negeri dan melaporkan sekiranya terdapat slaid darah yang positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah
    • Menjalankan tindakan susulan terhadap semua kes Penyakit Bawaan Vektor yang didaftarkan mengikut garispanduan yang ditetapkan
    • Merujuk kes Penyakit Bawaan Vektor untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran

  • Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
    • Bilik Gerakan dibuka dalam tempoh 24 jam sekiranya wabak diistiharkan
    • 100% wabak denggi dikawal dalam tempoh 14 hari
    • Menjalankan penilaian risiko di lokaliti wabak
    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak di peringkat daerah sekiranya wabak diistiharkan
    • Tindakan aktiviti kawalan dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diistiharkan

  • Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
    • Berkerjasama dengan Unit Promosi Kesihatan dalam menggerakkan komuniti untuk bersama-sama membasmi Penyakit Bawaan Vektor melalui komunikasi dan kerjasama pintar bagi menjana perubahan tingkahlaku komuniti
    • Mobilisasi anggota Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor ke daerah yang mempunyai bebanan kerja yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan

  • Pembangunan kapasiti
    • Menjalankan latihan kepada anggota vektor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam pekerjaan
    • Memastikan dan pengisian jawatan di Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah mencukupi dan selaras dengan beban kerja yang dipikul
    • Membekalkan Combo Dengue Rapid Test kepada klinik kerajaan dan hospital kerajaan untuk pengesahan kes denggi
    • Membekalkan stok racun serangga untuk digunakan dalam aktiviti kawalan kes Penyakit Bawaan Vektor
    • Membekal dan memastikan peralatan yang digunakan untuk digunakan dalam aktivit kawalan dan perkhidmatan makmal

  • Penyelidikan
    • Menjalankan kajian entomogi di kawasan bermasalah di Negeri Sembilan
    • Menjalankan Environment Risk Assessment (ERA) di kawasan bermasalah
 
  • Tindakan aktiviti kawalan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diisytiharkan

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png1.png1.png
Hari Ini338
Semalam763
Minggu ini3446
Bulan ini2712
Keseluruhan97311

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543