Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD),
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) mula dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan mulai tahun 1988. Di peringkat negeri, program ini dirancang, pantau dan diselia oleh Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri, manakala di peringkat daerah, program ini adalah di bawah pengurusan dan penyeliaan Pegawai Kesihatan Daerah dan Pengarah Hospital.

  • Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) secara lebih agresif, berstruktur dan komprehensif.
  • Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) akan melaksanakan program perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang merangkumi bidang promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah peningkatan taraf hidup berkualiti.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat umum mengenai faktor-faktor risiko NCD akibat keadaan dan cara hidup yang tidak sihat.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan saringan NCD (seperti saringan kardiovaskular, saringan diabetes) untuk mengesan NCD di peringkat awal.
  • Untuk menjalankan perkhidmatan intervensi ke atas kumpulan berisiko tinggi / premorbid.
  • Untuk menggalakkan kerjasama dan penglibatan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengawal NCD.
  • Untuk mempromosi dan menanam tabiat sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat di kalangan masyarakat
Image

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png1.png1.png8.png6.png7.png
Hari Ini478
Semalam609
Minggu ini2644
Bulan ini5303
Keseluruhan11867

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543