Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan ini telah diwujudkan pada tahun 2003 dan ketika itu hanya satu sahaja perjawatan ICT ditempatkan iaitu Juruteknik Komputer FT17. Kemudian, perjawatan ICT telah berkembang di mana selari dengan perkembangan semasa bagi memenuhi visi dan misi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjadikan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sebagai sebuah organisasi cemerlang di dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya.
  • Membantu Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan PTJ-PTJ dibawahnya dalam melaksanakan strategi-strategi jangka panjang dan pendek melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dalam usaha mengkomputerisasikan PTJ-PTJ dibawah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pentadbiran jabatan ini dan kesihatan orang ramai.
  • Berusaha mewujudkan sistem maklumat yang cekap dan berkesan menerusi teknologi terkini, inovasi berterusan dan perkhidmatan yang cemerlang.
Image

Fungsi utama Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Pengurusan Pentadbiran ICT
  • Pembangunan Aplikasi & Multimedia
  • Operasi Teknikal, Pusat Data & Meja Bantuan

Berikut adalah senarai aktiviti untuk setiap fungsi di dalam Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi :

1. Pengurusan Pentadbiran ICT
a) Merancang pelaksanaan ICT Negeri termasuk keperluan personel, kemahiran, latihan, teknologi, kewangan dan pelan pelaksanaan projek ICT bersama KKM.
b) Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Penilaian Pematuhan dan garis panduan ICT KKM bagi mempertingkatkan prestasi pelaksanaan dan penggunaan ICT dalam Jabatan dan PTJ-PTJ dibawahnya berdasarkan amalan terbaik.
c) Menjalankan promosi bagi perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi ICT yang dilaksanakan di Jabatan dan PTJ-PTJ dibawahnya.
d) Menguruskan kajian impak ICT, membuat analisis dan cadangan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
e) Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perpindahan teknologi dan change management bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
f) Merancang, mengurus dan memantau aktiviti latihan, program pembudayaan amalan baik ICT, program kompetensi keselamatan ICT dan TOT.
g) Merancang, mengurus dan memantau program inovasi ICT.
h) Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
i) Menjadi urusetia urus tadbir ICT – Jawatankuasa Pemandu ICT dan Jawatankuasa Teknikal ICT.

2. Pembangunan Aplikasi Dan Multimedia.
a) Menyelaras dan mengurus keperluan aplikasi, portal, laman web dan email Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
b) Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik pembangunan aplikasi, portal, laman web dan email secara berterusan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
c) Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru pembangunan aplikasi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
d) Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan portal Jabatan dan laman web PTJ-PTJ dibawahnya.
e) Merangka, menyelaras dan melaksanakan program perkongsian pintar antara Bahagian Pengurusan Maklumat KKM, Jabatan-Jabatan Kesihatan Negeri, agensi-agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.
f) Menjadi urusetia kepada tadbir urus Jawatankuasa Teknikal Laman Web.

3. Teknikal, Operasi, Rangkaian dan Multimedia
a) Menyelaras dan mengurus keperluan rangkaian, keselamatan, teknologi dan Pusat Data Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
b) Memantau penggunaan rangkaian 1Gov*Net untuk maklumbalas masalah dan cadangan untuk dimajukan kepada BPM atau pihak penyedia rangkaian supaya pembaikan dapat dibuat.
c) Menyelenggara rangkaian 1Gov*Net dengan baik secara mengamalkan prosedur-prosedur keselamatan rangkaian seperti instalasi antivirus, penyelenggaraan server dan peralatan rangkaian.
d) Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik operasi dan rangkaian secara berterusan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
e) Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan menerusi pemantauan rangkaian ICT bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya bersama KKM.
f) Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru perluasan rangkaian Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
g) Menyediakan khidmat nasihat dalam tatacara perolehan perisian, perkakasan dan peralatan rangkaian ICT Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
h) Menguruskan pinjaman perkakasan ICT bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya.
i) Menjadi urusetia sokongan teknikal didalam program-program yang dianjurkan oleh Jabatan.

  • Memberi maklumbalas dalam masa satu (1) hari bekerja bagi setiap aduan pelanggan yang diterima.
  • Memastikan lebih daripada 85% aduan pelanggan yang diterima disempurnakan.
  • Sistem rangkaian telekomunikasi dibawah tanggungjawab Seksyen Operasi Teknikal & Pusat Data beroperasi sekurang-kurangnya 95% dalam setahun.
  • Aplikasi-aplikasi yang ditempatkan di Pusat Data, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun.
  • Aplikasi-aplikasi ICT yang dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi diadakan Perfomance Review sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

jata

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png3.png6.png1.png5.png7.png
Hari Ini165
Semalam1340
Minggu ini7736
Bulan ini23234
Keseluruhan36157

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800