Unit Penolong Pegawai Perubatan

Unit Penolong Pegawai Perubatan,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • Unit Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2014, selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat KKM – 87/A5/1/5/0(14) Jld. 2 bertarikh 23 Januari 2014.
  • Unit PPP adalah bertanggungjawab pada Pengurusan dan Perkhidmatan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Negeri Sembilan.
  • Unit ini mempunya tiga (3) orang anggota:
    - PPP gred U44 x 2 orang
    - PPP gred U32 x 1 orang
  • Profesion Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Permandu Kenderaan akan menjadi golongan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta cekap dalam memberlkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang sihat dengan mengutamakan profesionalisma, kualiti, inovasi dan kerja berpasukan.
  • Penolong Pegawai Perubatan akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesihatan individu, keluarga dan rnasyarakat melalui sistern kesihatan yang saksama, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif, preventit diagnostik, kuratif dan rehabilitatif serta rnenggalakkan kerjasarna individu dan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan.

Memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terkini dan berteknologi tinggi dengan cekap dan efektif berkonsepkan profesionalisma, "client focus" dan "smart partnership" melalui usaha:-

  • Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal, dokumentasi, latihan, penyelidikan dan pengurusan dengan lancar, teratur serta berkesan seiring dengan perkembangan semasa.
  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan mernberikan penekanan berkonsepkan "wellness focus", "seamless care" dan "client empowerment" kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optima, menikmati kehidupan yang berkualiti serta menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai. Menjalankan kualiti sebagai teras kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program-program kualiti. Melaksanakan penyelidikan untuk perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan aspek perkhidmatan dan profesyen. Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan profesion Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang perubatan.
  • Meningkatkan perhubungan antara Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu pelbagai gred dengan Ketua Penolong Pegawai Perubatan dan Pegawai-Pegawai Atasan. Melaksanakan semua arahan, peraturan, garis panduan, polisi dan dasar perkhidmatan dari Pengarah Hospital, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan berkesan, berkualiti dan professional bersama sama dengan semua warga Penolong Pegawai Perubatan.
  • Menetapkan serta menentukan suasana kerja yang ceria dan kondusif kearah perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan dalaman dan luaran.
  • Menggalakan penglibatan anggota dalam aktiviti Perkembangan Kerjaya dan pembangunan Modal Insan sebagai tradisi latihan dan pendidikan berterusan selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
  • Berperanan bagi mengawal Amalan Profesion Penolong Pegawai Perubatan.
  • Melaksanakan Pembangunan Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan – latihan dan Modal Insan.
  • Merancang keperluan Penolong Pegawai Perubatan mengikut aktiviti berasaskan kepada kepakaran dan keperluan perkhidmatan disemua program dan aktiviti.
  • Pengwujudan unit ini adalah untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan profesyen Penolong Pegawai Perubatan samada di Bahagian Perubatan, Kesihatan Awam mahupun Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi agensi lain yang berkaitan terus dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia itu sendiri.
  • Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sembilan Darul Khusus mempunyai Annual Practise Certificate (APC) yang sah dari Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
  • Memastikan tatakelakuan dan prestasi kerja Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sembilan Darul Khusus termasuk pelaksanaan Kod Etika Pembantu Perubatan dipatuhi.
  • Memberi tunjuk ajar kepada Penolong  Pegawai Perubatan yang menjalani Program Penempatan Wajib (PPW).
  • Menyiasat aduan berkaitan dengan amalan serta tatakelakuan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Menyediakan garis panduan, S.O.P dan protokol bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Sembilan Darul Khusus.
  • Mengadakan Kursus, Bengkel ,Latihan , CME , Konferens       untuk Penolong Pegawai Perubatan secara berkala.
  • Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sembilan Darul Khusus menjadi ahli Kesatuan dan Persatuan Pembantu Perubatan.
  • Pembangunan dan Penilaian berterusan ke atas perkhidmatan   Penolong Pegawai Perubatan
    - Menetapkan piawaian amalan kerja.
    - Justifikasi keperluan penambahan jawatan dan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan di semak dari masa ke semasa.
    - Perancangan perkembangan kerjaya dan pensiswazahan Penolong Pegawai Perubatan.
    - Merancang peranan Penolong Pegawai Perubatan di dalam program Expanded & Extended skop.
    - Memberi input teknikal dan khidmat nasihat Perkhidmatan.
    - Merancang keperluan sumber manusia bagi perkhidmatan yang sedia ada dan baru.
    - Kajian dan pembangunan (Research & Development).
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan Negeri merupakan unit yang diwujudkan untuk menyelaras perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dalam Negeri Sembilan Darul Khusus – program Perubatan dan Kesihatan Awam, bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan di tahap yang cemerlang memenuhi hati anggota , pelanggan dan stakeholder.
  • Fungsi utama Unit/Bahagian Penolong Pegawai Perubatan Negeri adalah memberi penumpuan terhadap aspek perkembangan profesion dan pengurusan klinikal ke atas profesionalisme Penolong Pegawai Perubatan terutama dalam aspek-aspek pemberian perkhidmatan promotif, preventif, diagnostik, kuratif dan rehabilitatif kepada semua lapisan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.
  • Bahagian ini juga akan memberikan tumpuan kepada hal ehwal dan kualiti perkhidmatan profesion Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan Bermotor dalam Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus. Ketiga- tiga profesion tersebut dianggarkan sejumlah 2370 orang mengikut seperti pecahan berikut:
    i.   Penolong Pegawai Perubatan     =   606
    ii.  Pembantu Perawatan Kesihatan =   1303
    iii. Pemandu                                 =    461
  • Selaras dengan perkembangan teknologi dan Sains Perubatan masa   kini, Profesion Penolong Pegawai Perubatan telah menjadi lebih komplek dalam bidang pengkhususan masing-masing terutama dalam segi kemajuan dan perkembangan kerjaya. Unit Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus akan diketuai oleh seorang  Penolong Pegawai Perubatan rnengikut gred yang tertinggi di Negeri Sembilan Darul Khusus dalam tahun semasa dengan gelaran Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri. Kawasan operasi adalah meliputi seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kepadatan penduduk lebih kurang 1.2  juta orang dan jumlah fasiliti kesihatan seperti berikut:
    - 7 Pejabat Kesihatan Daerah
    - 6 Hospital
    - 46 Klinik Kesihatan
    - 16 Klinik 1 Malaysia
    - Termasuk jawatan kader di Politeknik Port Dickson, PLKN, Penjara Seremban, Penjara Jelebu, Depo Tahanan Sementara Lenggeng, Kem ATM Rasah, USIM Nilai, Hospital-Hospital Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, yang dipantau oleh Lembaga Pembantu Perubatan dengan kerjasama unit Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • icon Bahagian Perubatan
  • icon Bahagian Kesihatan Awam
  • icon Bahagian Kesihatan Pergigian
  • icon Bahagian Perkhidmatan Farmasi
  • icon Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
  • icon Bahagian Pengurusan

Bahagian Perubatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), berfungsi dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan perkhidmatan kesihatan meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan pesakit yang berkualiti, berkesan dan mudah diperolehi. Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber, pembangunan modal insan dan juga pengurusan perkhidmatan perubatan bagi hospital-hospital di Negeri Sembilan.

Bahagian Kesihatan Awam yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) adalah bahagian yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat di Negeri Sembilan secara komprehensif melalui Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Penjagaan Kesihatan Primer, Kawalan Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit, serta Pendidikan dan Promosi Kesihatan. Pelbagai program kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan diadakan bagi mencapai tujuan tersebut.

Bahagian Kesihatan Pergigian adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan oral dan pergigian di Negeri Sembilan. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) berperanan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada setiap lapisan masyarakat di Negeri Sembilan supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optimum melalui aktiviti promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan. Perkhidmatan rawatan pergigian yang menggunakan kemudahan teknologi yang terkini termasuk penjagaan kesihatan pergigian primer, kesihatan pergigian masyarakat dan kesihatan pergigian kepakaran.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan mengikut peraturan. Bahagian ini juga berperanan mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), manakala di peringkat daerah pelaksanaan aktiviti adalah di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi masyarakat daripada bahaya-bahaya kesihatan yang berpunca daripada pencemaran makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

Diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) berperanan dalam urusan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dalam semua bidang pengurusan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan perkhidmatan awam secara khususnya. Bahagian ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran personal, kewangan, latihan, kontrak dan bekalan, pembangunan, ICT, kualiti, kaunseling dan tatatertib bagi memastikan visi dan misi jabatan dapat dicapai.

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png4.png3.png7.png1.png9.png
Hari Ini475
Semalam292
Minggu ini475
Bulan ini9044
Keseluruhan43719

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543