Bahagian Pergigian

  • Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan merupakan komponen Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan yang memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara holistik kepada masyarakat di Negeri Sembilan melalui kolaborasi dengan agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan.
  • Pengurusan perkhidmatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
  • Terdapat tujuh buah pejabat kesihatan pergigian daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Port Dickson, Jelebu dan Rembau dimana pentadbiran adalah dibawah Pegawai Pergigian Daerah.
  • Visi dan misi adalah selari dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia:
    ‘Negara menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik’
  • Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

Memberi perkhidmatan

  1. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  2. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • mengutamakan pelanggan
    •  saksama
    • tidak membebankan
    •  cekap
    • wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif
  3. dengan menekankan:
    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat
  • Mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, perawatan dan pemulihan (promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif) dengan keutamaan diberi kumpulan sasaran utama.
Image
  • Fungsi Bahagian Kesihatan Pergigian merangkumi perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian semua aktiviti-aktiviti utama perkhidmatan kesihatan pergigian, keperluan sumber kewangan, sumber manusia, infrastruktur dan pentadbiran am.

          Fungsi utama adalah seperti berikut:

          Fungsi 1: Pengurusan
          Fungsi 2: Penjagaan Kesihatan Pergigian
          Fungsi 3: Amalan dan Perkembangan Kesihatan Pergigian
          Fungsi 4: Pengurusan Teknikal Kesihatan Pergigian

          Aktiviti-aktiviti fungsi utama jabatan merangkumi:

          Fungsi 1: Pengurusan
          Aktiviti 1 : Kewangan/Perolehan
          Aktiviti 2 : Perkhidmatan
          Aktiviti 3 : Pentadbiran

          Fungsi 2: Penjagaan Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 1 : Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer  
          Aktiviti 2 : Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran
          Aktiviti 3 : Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat
          Aktiviti 4 : Penggalakan Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 5 : Peningkatan Kualiti-KPI/NIA/DSA
          Aktiviti 6 : Epidemiologi dan Kajian

          Fungsi 3: Pengurusan Dan Perkembangan Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 1 : Perundangan dan Penguatkuasaan
          Aktiviti 2 : Amalan Kesihatan Pergigian Profesional dan Auksiliari
          Aktiviti 3 : Pengendalian Kecederaan Akibat Alat Tajam
          Aktiviti 4 : Perkhidmatan sokongan -QMS, MEET, PSK
          Aktiviti 5 : Pembangunan Kemudahan Pergigian
          Aktiviti 6 : Kualiti- Inisiatif Inovasi, KIK

          Fungsi 4 : Pengurusan Teknikal Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 1 : Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 2 : Promosi Kesihatan Pergigian
          Aktiviti 3 : Latihan lapangan( Accreditation & Globalisation/Elective Posting)
          Aktiviti 4 : Teknologi Maklumat dan Pengurusan Maklumat-TPC-OHCIS/ HRMIS
          Aktiviti 5 : Peningkatan Kualiti-EKSA, QA, Waktu Menunggu Rawatan
          Dan Kajian Kepuasan Pelanggan
          Aktiviti 6 : Pengendalian Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian

  • Perkhidmatan kesihatan pergigian disampaikan melalui fasiliti-fasiliti disediakan yang merangkumi Klinik-Klinik Pergigian, Klinik Pergigian Sekolah dan Pusat Pergigian Sekolah di seluruh negeri. Penyampaian perkhidmatan juga diberi melalui Klinik Pergigian Bergerak dan Pasukan Pergigian Bergera

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png4.png3.png7.png0.png9.png
Hari Ini465
Semalam292
Minggu ini465
Bulan ini9034
Keseluruhan43709

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543