Font Size

Profile

Bantuan W3C

Pengurusan Tertinggi

 

 PORTFOLIO JAWATAN

 PENGARAH KESIHATAN NEGERI
  • Mengetuai dan bertanggungjawab di atas pentadbiran, perancangan, perlaksanaan dan penilaian program-program perkhidmatan perubatan dan kesihatan, di Negeri Sembilan. Skop perkhidmatannya disokong oleh beberapa Bahagian yang terdiri dari Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan, Bahagian Pengurusan, Bahagian Farmasi, Bahagian Pergigian, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Unit Kejuruteraan, Unit Keselamatan Sinaran, Unit Kejururawatan dan Unit Penyelia Penolong Pegawai Perubatan.
 
TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (KESIHATAN AWAM)
  • Peneraju utama dalam program-program pencegahan peringkat kesihatan. Terdapat 11 unit dalam kesihatan awam iaitu:

    1. Unit Kesihatan Keluarga
    2. Unit Penjagaan Kesihatan Primer
    3. Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
    4. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)
    5. Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
    6. Unit Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (KPAS)
    7. Unit AIDS/STI
    8. Unit Tibi/Kusta
    9. Unit Penguatkuasaan (UIP)
    10. Unit Pemakanan
    11. Unit Promosi
 
 TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN)
  • Mengetuai Bahagian Program Perubatan dengan memantau kualiti keberkesanan perkhidmatan rawatan perubatan yang diberikan oleh semua hospital di Negeri Sembilan serta bertanggungjawab dalam beberapa aspek pengurusan perubatan yang berkaitan. Skop perkhidmatannya disokong oleh beberapa unit yang terdiri dari Unit Perkembangan Amalan Perubatan, Unit Kualiti Perubatan, Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS), dan Unit Rekod Perubatan.
 
 TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN)
  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program penjagaan kesihatan pergigian di peringkat negeri yang merangkumi aktiviti penjagaan primer, masyarakat dan kepakaran.

    a)    Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer
    b)    Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat
    c)    Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran
  • Menjalankan tadbir urus klinikal yang unggul dalam amalan kesihatan pergigian di peringkat negeri.
  • Kepimpinan strategik dengan kolaborasi pelbagai sektor dalam penjagaan kesihatan.
  • Pembangunan dan pengurusan sumber manusia
  • Pembangunan dan perkembangan kemudahan pergigian
  • Penyelidikan dan usaha peningkatan kualiti
  • Merancang, melaksana dan menilai segala aktiviti berkaitan kewangan dan akaun kesihatan pergigian
 
 TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (FARMASI)
  • Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Farmasi di seluruh Negeri Sembilan dan diuruskan kepada tiga unit berbeza iaitu :

    1. Unit Penguatkuasaan Farmasi
    2. Unit Amalan dan Perkembangan Farmasi
    3. Unit Pengurusan
 
 TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN)
  • Mengetuai Bahagian Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di peringkat negeri iaitu merancang dan memantau aktiviti keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan oleh  Unit-Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Daerah seluruh Negeri Sembilan. Skop perkhidmatan adalah merangkumi pematuhan ke atas keperluan keselamatan makanan oleh pihak pengusaha makanan samada daripada bidang pengilangan, katering dan persendirian terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
 
  TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PENGURUSAN)
  • Mengetuai Bahagian Pengurusan dalam memberi perkhidmatan sokongan dari segi penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan, latihan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, psikologi kaunseling termasuk urusan berkaitan pentadbiran am. Ia bertujuan membolehkan Bahagian-Bahagian lain memberikan tumpuan sepenuhnya dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768