Font Size

Profile

Bantuan W3C

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Sejahtera dan Salam Sihat 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari portal rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS). JKNNS sebagai agensi kesihatan peringkat Negeri Sembilan turut sama mengorak langkah menyahut seruan kerajaan dalam memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dengan mewujudkan portal ini. 

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pembangunan laman maya ini merupakan tanda komited kami dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan selaras dengan hasrat kami untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan program kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional, efisien, saksama dan mesra.

Saya amat mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan semoga laman portal ini memberi manfaat kepada anda semua.


Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

DR. ZAINUDIN BIN MOHD. ALI
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768