Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Penguatkuasaan Farmasi

Bahagian Farmasi
Unit Amalan Dan Perkembangan Farmasi
Unit Penguatkuasaan Farmasi
Unit Pengurusan Farmasi
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Negeri Sembilan merupakan agensi yang bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti. Bahagian ini terdiri daripada tiga aktiviti utama di peringkat negeri iaitu Pengurusan Farmasi, Amalan dan Perkembangan Farmasi dan Penguatkuasa Farmasi.
  • Aktiviti Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat.
OBJEKTIF
  • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional
VISI
  • Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.
MISI
  • Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, amanah, cekap dan secepat mungkin mengikut keperluan
  2. Semua pertanyaan dan aduan awam akan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
  3. Setiap aduan ke atas kegiatan haram berkaitan ubat-ubatan akan disiasat dengan terperinci dan diambil tindakan sewajarnya
  4. Setiap tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan akan dilakukan dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh apa-apa kepentingan dan prasangka
  5. Bersedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain dalam perkara yang berkaitan
  6. Setiap permohonan baru lesen/permit racun yang lengkap akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja
  7. Setiap permohonan lesen/permit racun yang ditolak akan diberitahu sebabnya
FUNGSI
  • PENGUATKUASA FARMASI
    -
    Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah daripada segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat
    atau membahayakan.
PERANAN

PENGUATKUASAAN FARMASI

Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.

Risikan dan Operasi

  • Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
  • Menjalankan aktiviti audit ubat-ubat terkawal.

Pelesenan dan Kawalan di Pintu Masuk

  • Memproses lesen/permit/kebenaran merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti saringan dan pemeriksaan pengimportan produk dan bahan-bahan yang dikawal di pintu-pintu masuk Kastam.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti pelesenan dan pemeriksaan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.

Perundangan

  • Menjalankan siasatan kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
  • Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan Akta-akta yang dikuatkuasakan.

Pengiklanan & Inovasi

  • Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.
  • Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.
  • Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.
  • Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.

Kawalan Farmaseutikal & Perlindungan Pengguna

  • Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan penguatkuasaan farmasi.
  • Menjalankan persampelan produk yang terdapat di pasaran, yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Mengendalikan aduan berkaitan produk dan aktiviti penguatkuasaan farmasi.
  • Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan untuk kegunaan kempen berkaitan penguatkuasaan farmasi.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti kawalan farmaseutikal siber.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768