Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Pengurusan Farmasi

Bahagian Farmasi
Unit Amalan Dan Perkembangan Farmasi
Unit Penguatkuasaan Farmasi
Unit Pengurusan Farmasi
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Negeri Sembilan merupakan agensi yang bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti. Bahagian ini terdiri daripada tiga aktiviti utama di peringkat negeri iaitu Pengurusan Farmasi, Amalan dan Perkembangan Farmasi dan Penguatkuasa Farmasi.
  • Aktiviti Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan mengikut peraturan.
OBJEKTIF
  • Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan serta digunakan secara rasional.
VISI
  • Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.
MISI
  • Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, amanah, cekap dan secepat mungkin mengikut keperluan
  2. Semua pertanyaan dan aduan awam akan diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
  3. Setiap aduan ke atas kegiatan haram berkaitan ubat-ubatan akan disiasat dengan terperinci dan diambil tindakan sewajarnya
  4. Setiap tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan akan dilakukan dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh apa-apa kepentingan dan prasangka
  5. Bersedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain dalam perkara yang berkaitan
  6. Setiap permohonan baru lesen/permit racun yang lengkap akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja
  7. Setiap permohonan lesen/permit racun yang ditolak akan diberitahu sebabnya
FUNGSI
  • PENGURUSAN FARMASI
    -
    Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar dilaksana mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan mengikut peraturan.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768