Font Size

Profile

Bantuan W3C

Bahagian Kesihatan Awam

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
 
PENGENALAN
PROGRAM KESIHATAN AWAM
  • Program Kesihatan Awam mempunyai skop yang luas yang melibatkan semua aspek kehidupan manusia, bermula daripada fasa dalam kandungan ibu sehinggalah ke saat kematian. Oleh itu, aktiviti-aktiviti Kesihatan Awam tidak terbatas, kepada individu dan Komuniti sahaja, tetapi meliputi faktor-faktor berkaitan persekitaran yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
  • Pencapaian matlamat Kesihatan Awam memerlukan kerjasama erat dengan pelbagai agensi ( awam, swasta,bukan kerajaan) serta penglibatan orang ramai di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  • Bidang utama Program Kesihatan Awam merangkumi :
    1. Perkembangan Kesihatan Awam
    2. Pembangunan Kesihatan Keluarga
    3. Kawalan Penyakit
    4. Promosi Kesihatan
    5. Pemakanan
  • Terdapat 12 Unit dibawah Bahagian Kesihatan Awam iaitu:
    1. Unit Perkembangan Kesihatan Awam
    2. Unit Kesihatan Keluarga
    3. Unit Kesihatan Primer
    4. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
    5. Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
    6. Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
    7. Unit Tibi/Kusta
    8. Unit AIDS/STI
    9. Unit Kesihatan Perkerjaan dan Alam Sekitar
    10. Unit Pemakanan
    11. Unit Promosi Kesihatan
    12. Unit Inspektorat dan Perundangan
OBJEKTIF
  • Objektif Umum
    Memimpin dan mempermudahkan bidang pengurusan kesihatan dan pentadbiran secara cekap dan berkesan di dalam semua aktiviti di bawah Program kesihatan Awam agar mencapai objektif.

  • Objektif Khusus
    a. Merancang , memastikan pelaksanaan , mengawas  dan menilai kesan perkhidmatan program-program berikut:
    1. Perkembangan Kesihatan Awam ( Pengurusan sumber kewangan dan manusia, Penentuan Kompetensi,Kualiti dan Standard, Inspektorat & Penguatkuasaan, Farmasi dan Bekalan kesihatan Awam dan Penyelidikkan.
    2. Pembangunan Kesihatan keluarga ( Kesihatan Primer dan Kesihatan Keluarga)
    3. Kawalan Penyakit ( Kawalan Penyakit Berjangkit : Bawaan vektor,Surveilan, lain lain Penyakit Berjangkit, Kesihatan Antarabangsa, Tibi & Kusta, STD, HIV/AIDS ) dan Kawalan Tidak Berjangkit : Penyakit tidak berjangkit, Kesihatan Persekitaran dan Kesihatan Perkerjaan.)
    4. Pemakanan
    5. Promosi Kesihatan
    b. Menggalakkan perhubungan dengan masyarakat agar mereka menerima dan mengamal sikap bantu diri (self help) atau mengamalkan konsep penjagaan perkhidmatan     primer;
    c. Menyelaras aktiviti dan memberi khidmat nasihat dalam mengawal wabak penyakit;
    d. Menyelaras aktiviti penguatkuasaan dan memberi input dalam pengemaskinian Akta dan Peraturan Kesihatan Awam;
    e. Memantau prestasi tenaga kerja Bahagian Kesihatan Awam yang menjalankan aktiviti-aktiviti Kesihatan Awam dari segi kompetensi, kecekapan dan keberkesanan      
        tugas teknikal;
    f. Mengenalpasti keperluan dan menyelaras aktiviti pembangunan Modal Insan kepada tenaga kerja Bahagian kesihatan Awam;
    g. Memberi Khidmat nasihat dan menyelaras kerjasama kepada mana-mana bahagian dalam jabatan serta agensi luar yang memerlukan perkhidmatan kesihatan;
    h. Memberi pendedahan mengenai aktiviti dan maklumbalas pencapaian sasaran pelbagai program Kesihatan Awam ; dan
    i. Merancang, melaksana dan berkongsi hasil projek penyelidikkan yang berkaitan dengan bidang Kesihatan Awam
VISI
  • Negeri menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.
MISI
  • Untuk merealisasikan Visi Jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahanyang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh anggota-anggota yang mengamalkan profesionalisma, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang lebih bermutu
FUNGSI
  • Fungsi 1: Pemantauan Dan Analisis Situasi Kesihatan
  • Fungsi 2: Survelans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/masalah kesihatan awam
  • Fungsi 3: Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam
  • Fungsi 4: Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan
  • Fungsi 5: Peraturan dan penguatkuasaan untuk memelihara kesihatan awam
  • Fungsi 6: Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam kesihatan awam
  • Fungsi 7: Promosi kesihatan dan penglibatan sosial
  • Fungsi 8: Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat
  • Fungsi 9: Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768