Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit AIDS/STI

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
- Dalam Proses Pengemaskinian -
PENGENALAN
  • Unit AIDS/STI telah ditubuhkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sebagai salah satu unit yang bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, membuat pemantauan dan evaluasi terhadap program pencegahan dan kawalan AIDS/STI di peringkat negeri.
OBJEKTIF
  • Objektif Unit AIDS/STI Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah selari dengan objektif program pencegahan dan kawalan Cawangan AIDS/STI, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga adalah selaras dengan syor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan program UNAIDS.  Objektif program ini adalah seperti berikut :

    i.   Untuk mengurangkan risiko dan mencegah penularan jangkitan AIDS/STI
    ii.  Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti berkaitan dengan AIDS/ STI
    iii. Untuk menggunakan sumber yang ada dalam melawan penularan AIDS/STI
    iv. Untuk mempromosi dan menambah kerjasama di kalangan agensi-agensi tempatan, kebangsaan, serantau dan  antarabangsa.
    v.  Memantau trend kejadian penyakit HIV/AIDS seluruh Negeri Sembilan
    vi. Memantau trend kejadian penyakit 'sexually transmitted infection (STI)' seluruh Negeri Sembilan

VISI
  • Untuk membentuk satu masyarakat yang progresif dan bebas daripada wabak HIV/AIDS berlandaskan kepada prinsip Kesihatan Awam dan nilai moral yang tinggi

MISI
  • Untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan semangat profesionalisme dan berkualiti melalui komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan

FUNGSI
  • Mencegah penyebaran dan penularan jangkitan HIV/AIDS dan STI.
  • Mengurangkan impak HIV/AIDS dan STI ke atas individu, keluarga dan masyarakat
  • Menggerakkan sumber-sumber yang ada dalam membanteras kes HIV/AIDS dan STI
  • Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi tempatan
PERANAN
  • Pengesanan awal jangkitan HIV melalui program-program saringan HIV.
  • Mengawasi situasi keadaan epidemiologi penyakit melalui aktiviti surveilan HIV/AIDS dan kematian akibat AIDS
  • Memastikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan mencukupi kepada komuniti
  • Menyebarkan maklumat melalui pendidikan dan komunikasi berkaitan AIDS/STI
  • Menggalakkan Promosi Cara Hidup Sihat
  • Mengurangkan kemudaratan (harm reduction) dan stigma kepada golongan yang berisiko.
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768