Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
 
PENGENALAN
  • Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2004. Penubuhan UIPN ini adalah susulan kepada arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bil. 1 Tahun 2004.
  • Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  • Unit ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran U44. Unit ini mempunyai sub-unit iaitu:

    1. Seliaan Teknikal & Audit yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran U41.
    2. Penguatkuasaan Dan Perundangan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36.
    3. Risikan & Penyiasatan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36.
    4. Dokumentasi & Perkembangan Profesion yang diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32.
OBJEKTIF
  • Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan Undang-Undang Kesihatan Awam dengan lebih fokus, teratur dan mantap
  • Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kesihatan awam.
VISI
  • Ke arah penguatkuasaan yang efisyen dan efektif.
MISI
  • Memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan secara profesional dan berkualiti dengan :

    1. Memantapkan jaringan kerja di kalangan pegawai penguatkuasa Kesihatan Awam di Negeri Sembilan untuk
        meningkatkan kesedaran dan pematuhan Undang-undang Kesihatan Awam oleh masyarakat.
    2. Memberi bantuan khidmat sokongan perundangan dan pendakwaan kepada Pegawai Penguatkuasa Kesihatan
        Awam di Negeri Sembilan agar pelaksanaan penguatkuasaan lebih berkesan.
PIAGAM PELANGGAN
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih adil dan saksama
FUNGSI
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
  • Pengurusan penurunan kuasa-kuasa kepada Pegawai Diberi Kuasa /Pegawai Berkuasa.
  • Menjalankan audit teknikal terhadap aktiviti penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam.
  • Menyemak dan memastikan semua dokumen di dalam kertas siasatan lengkap dan teratur sebelum dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan izin mendakwa
  • Membantu dan mengemukakan cadangan pindaan dalam penyediaan Akta / Peraturan / Garispanduan / Prosedur Operasi Piawai di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam
  • Memberi bantuan khidmat sokongan perundangan dan pendakwaan kepada Pegawai Penguatkuasa Kesihatan Awam di Negeri Sembilan agar pelaksanaan penguatkuasaan lebih berkesan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung Undang-Undang Kesihatan Awam kepada unit-unit yang berkaitan.
PERANAN

Skop Seliaan Teknikal & Audit

  • Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan atau kajian
  • Merancang dan menjalankan audit teknikal berjadual di peringkat daerah
  • Menjalankan lawatan kawal selia teknikal secara ”ad-hoc” di Lapangan
  • Menyediakan laporan audit dan cadangan penambahbaikkan
  • Membuat susulan terhadap tindakan ke atas cadangan yang dihasilkan daripada audit dan kawal selia
  • Memantau displin dan integriti di kalangan anggota Inspektorat di Negeri dan Daerah
  • Memperkukuh aktiviti penyeliaan dari segi teknikal oleh pegawai penyelia di semua peringkat
  • Merancang dan melaksanakan latihan PKP/PPKP/PKA dalam bidang penguatkuasaan dan perundangan kesihatan awam.

Skop Penguatkuasaan Dan Perundangan

  • Merancang, mengurus dan menilai aktiviti Penguatkuasaan dan Perundangan Kesihatan Awam
  • Menjalankan pemantauan aktiviti penguatkuasaan
  • Menyemak, menyedia dan memastikan semua laporan penguatkuasaan lengkap dan sempurna
  • Merancang, memantau dan menyediakan laporan aktiviti Info-Blast
  • Pemantauan aktiviti pendakwaan yang berkaitan dengan perundangan kesihatan awam
  • Input teknikal kepada anggota di lapangan dalam aspek penguatkuasaan dan perundangan
  • Merancang dan melaksanakan Operasi Bersepadu di peringkat Negeri
  • Menyiasat aduan mengenai pelanggaran undang-undang kesihatan awam

Skop Risikan & Penyiasatan

  • Menjalankan risikan sebelum aktiviti penguatkuasaan dijalankan
  • Menjalankan risikan ke atas kes-kes yang diberi penumpuan secara spesifik atau sebagaimana diarahkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Unit
  • Menjalankan proses-proses awal siasatan seperti pengumpulan, penilaian, pemprosesan dan analisa ke atas semua maklumat risikan yang dibuat sebelum dikemukakan kepada pihak atasan
  • Mengumpul maklumat, menganalisa laporan, mengurus dan menyiasat aduan / kes yang dilaporkan

Skop Dokumentasi & Perkembangan Profesyen

  • Menyelaras dokumentasi Akta, SOP dan Garis panduan di bawah Perundangan Kesihatan Awam
  • Menyelenggara dan mengemaskini pengkalan data pegawai diberi kuasa
  • Merancang, mengurus dan menilai keperluan perjawatan PKP, PPKP dan PKA
  • Urusetia mesyuarat UIP Jabatan Kesihatan Negeri
  • Menyediakan laporan suku tahun, setengah tahun dan tahunan
  • Menerima, menyemak dan menghantar borang permohonan kad pengenalan dan sijil-sijil pegawai berkuasa ke UIP, KKM
    - Permohonan kad pengenalan penguatkuasa
    - Permohonan perakuan kuasa di bawah Subseksyen 3(2) Akta Makanan 1983
    - Permohonan perakuan kuasa di bawah Subseksyen 3(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
    1988
    - Permohonan perwakilan kuasa di bawah Subseksyen 33(1) Akta Makanan 1983
    - Permohonan pemberian kuasa di bawah Seksyen 10 Dan 11 Akta Makanan 1983
    - Permohonan pewakilan kuasa di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  • Menguruskan proses pemulangan kad pengenalan penguatkuasaan bagi pegawai diberi kuasa yang telah meninggalkan perkhidmatan
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768