Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
- Dalam Proses Pengemaskinian -
PENGENALAN
  • Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah nadi perkhidmatan dalam pelaksanaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
  • Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah seperti berikut :
    i. Mengurangkan morbidity (kejadian) dan mortality (kematian) Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di Semenanjung Malaysia
    ii. Mencegah kejadian Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di kawasan yang sedia bebas daripada penyakit-penyakit bawaan vektor.
  • Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor yang utama adalah Malaria, Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah, Penyakit Filariasis, Penyakit Scrub Typhus, Penyakit Japanese Encephalitis(JE), Penyakit Chikungunya, Penyakit Hawar dan Penyakit Demam Kuning.
VISI
  • Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan Program-Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang profesional, efisyen, saksama dan mesra
MISI
  • Unit Penyakit Bawaan Vektor akan melaksanakan program-program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang merangkumi bidang pencegahan dan kawalan dengan anggota yang mahir dan terlatih dengan bantuan peralatan yang lengkap dan berteknologi tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
  • Tindakan aktiviti kawalan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diisytiharkan
FUNGSI
  • Sistem surveilans
  • Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
  • Pengesanan awal dan rawatan kes
  • Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
  • Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
  • Pembangunan kapasiti
  • Penyelidikan
PERANAN
  • Sistem surveilans
    - Memantau pelaporan semua kes Penyakit Bawaan Vektor melalui telefon, borang notifikasi atau Sistem e-notifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan
    - Memastikan dan memantau pengisian dalam pengkalan survelan melalui system e-Notifikasi, e-Denggi, Vekpro Online dan lain-lain pelaporan secara manual supaya pengkalan survelan dalam
      keadaan lengkap, tepat dan terkini bagi kes kes Penyakit Bawaan Vektor

  • Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
    - Menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi kes Penyakit Bawaan Vektor seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Semburan Ruang Thermal (SRT) , Semburan Ruang Ultra Low
      Volume (SRULV) , Pengedaran Kelambu Berubat dan Semburan Residu
    - Menjalankan pemantauan kehadiran vektor dengan pemasangan ovitrap di kawasan keutamaan 1, kawasan wabak dan pelabuhan

  • Pengesanan awal dan rawatan kes
    - Menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam kepada kes Penyakit Bawaan Vektor yang dinotifikasi bagi mengetahui punca jangkitan Penyakit Bawaan Vektor
    - Melaksanakan ujian saringan untuk kumpulan berisiko melalui pengwujudan smart partnership dengan majikan syarikat perladangan, tempat pembinaan dan kem pembalakan untuk mendapatkan
      senarai pekerja bagi memudahkan aktiviti saringan dilaksanakan
    - Melaksanakan Active Case Detection (ACD) di kawasan bermasalah kes Penyakit Bawaan Vektor bagi mengesan kes baru dan kontak
    - Mengkaji slaid darah ACD bagi Penyakit Malaria dan Penyakit Filariasis di peringkat Negeri dan melaporkan sekiranya terdapat slaid darah yang positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah
    - Menjalankan tindakan susulan terhadap semua kes Penyakit Bawaan Vektor yang didaftarkan mengikut garispanduan yang ditetapkan
    - Merujuk kes Penyakit Bawaan Vektor untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran

  • Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
    - Bilik Gerakan dibuka dalam tempoh 24 jam sekiranya wabak diistiharkan
    - 100% wabak denggi dikawal dalam tempoh 14 hari
    - Menjalankan penilaian risiko di lokaliti wabak
    - Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak di peringkat daerah sekiranya wabak diistiharkan
    - Tindakan aktiviti kawalan dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diistiharkan

  • Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
    - Berkerjasama dengan Unit Promosi Kesihatan dalam menggerakkan komuniti untuk bersama-sama membasmi Penyakit Bawaan Vektor melalui komunikasi dan kerjasama pintar bagi menjana
      perubahan tingkahlaku komuniti
    - Mobilisasi anggota Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor ke daerah yang mempunyai bebanan kerja yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan

  • Pembangunan kapasiti
    - Menjalankan latihan kepada anggota vektor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam pekerjaan
    - Memastikan dan pengisian jawatan di Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah mencukupi dan selaras dengan beban kerja yang dipikul
    - Membekalkan Combo Dengue Rapid Test kepada klinik kerajaan dan hospital kerajaan untuk pengesahan kes denggi
    - Membekalkan stok racun serangga untuk digunakan dalam aktiviti kawalan kes Penyakit Bawaan Vektor
    - Membekal dan memastikan peralatan yang digunakan untuk digunakan dalam aktivit kawalan dan perkhidmatan makmal

  • Penyelidikan
    - Menjalankan kajian entomogi di kawasan bermasalah di Negeri Sembilan
    - Menjalankan Environment Risk Assessment (ERA) di kawasan bermasalah
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768