Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Kesihatan Keluarga

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
- Dalam Proses Pengemaskinian -
PENGENALAN
  • Program Kesihatan Ibu dan Anak telah bermula sejak dari tahun 1956 serta telah mengalami perubahan dan berkembang menjadi Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga pada tahun 1995. Bagi Unit Kesihatan Keluarga, perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur iaitu mulai lahir hingga ke akhir hayat (from womb to tomb).
  • Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga adalah nadi perkhidmatan kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer bagi negara ini. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab menjalankan dan membangunkan strategi dari pelbagai polisi yang diluluskan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti di peringkat negeri dan daerah melibatkan individu dan keluarga. Bagi menyempurnakan tanggungjawab tersebut, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga mempunyai 2 Unit utama iaitu Unit Kesihatan Keluarga dan Unit Penjagaan Kesihatan Primer.
  • Bagi Unit Kesihatan Keluarga, perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur. Skop perkhidmatan terdiri dari Kesihatan Ibu dan Anak, Kesihatan Remaja dan Sekolah, Kesihatan Wanita & Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU) serta Rehabilitasi dan Program Pencegahan & Kawalan Talasemia
OBJEKTIF
  • Objektif Perkhidmatan Kesihatan Ibu
    Memastikan tahap optima kesihatan ibu semasa pra kehamilan, antenatal dan postnatal.
  • Objektif Perkhidmatan Kesihatan Kanak – Kanak
    Memastikan tahap optima kesihatan kanak – kanak melalui Perkhidmatan Kesihatan Kanak – Kanak 0 – 6 tahun
  • Objektif Perkhidmatan Kesihatan Remaja dan Kesihatan Sekolah
    Menggalakkan cara hidup sihat melalui aktiviti kesihatan dan promosi kesihatan di bawah Perkhidmatan Kesihatan Remaja dan Kesihatan Sekolah
  • Objektif Program Pencegahan Talasemia
    Menyediakan program saringan Talasemia Murid Tingkatan 4 serta saringan cascade dari kes indeks
  • Objektif Perkhidmatan Kesihatan Wanita
    Menyediakan penjagaan kesihatan serta saringan kanser terhadap wanita dalam mencapai kehidupan berkualiti
  • Objektif Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas
    Menyediakan perkhidmatan warga emas yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani dalam mengurangkan ketidakupayaan dan meningkatkan tahap berdikari
VISI
  • Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat sejahtera serta menikmati kehidupan berkualiti sepanjang hayat melalui pelaksanaan program kesihatan yang profesional, efisien, saksama dan mesra.
MISI
  • Unit Kesihatan Keluarga di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Darul Khusus akan melaksanakan program perkhidmatan kesihatan yang merangkumi bidang promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah peningkatan taraf hidup berkualiti bagi menghasilkan institusi keluarga yang sihat sejahtera
FUNGSI
Perkhidmatan Kesihatan Ibu
  • Perkhidmatan pra kehamilan kepada kehamilan yang dirancang dari peringkat pra kehamilan melalui kaunseling serta penilaian risiko bagi pelbagai keadaan semasa pra kehamilan
  • Perkhidmatan antenatal kepada ibu hamil sama ada bagi kandungan biasa ataupun kandungan berisiko dalam memastikan kelahiran selamat dan mengurangkan mortaliti
  • Perkhidmatan postnatal serta mengenalpasti masalah selepas bersalin
Perkhidmatan Kesihatan Kanak – Kanak
  • Saringan neonatal seperti G6PD dan serum thyroxine dalam mengesan awal keadaan G6PD dan Congenital Hypothyroidism dalam kalangan bayi baru lahir
  • Perkhidmatan imunisasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan
  • Penilaian perkembangan dan pertumbuhan kanak - kanak serta pengesanan kanak – kanak berkeperluan khas bagi tujuan rujukan dan intervensi awal
Perkhidmatan Kesihatan Remaja dan Kesihatan Sekolah
  • Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di sekolah oleh anggota kejururawatan dan Pegawai Perubatan bagi mengesan morbiditi dan masalah penglihatan dalam kalangan murid sekolah
  • Perkhidmatan imunisasi di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
  • Pemberian imunisasi HPV dalam kalangan murid perempuan Tingkatan 1
  • Aktiviti Promosi Kesihatan di Sekolah & komuniti melalui Pendidikan Kesihatan Seksual Reproduktif Dalam Kalangan Remaja
Program Pencegahan Talasemia
  • Saringan Murid Tingkatan 4 di sekolah dan voluntary screening di klinik kesihatan
  • Saringan cascade talasemia di kalangan adik beradik dan ahli keluarga dari kes indeks
  • Perkhidmatan kaunseling genetik di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer
Perkhidmatan Kesihatan Wanita
  • Perkhidmatan saringan pap smear dan pemeriksaan sendiri/klinikal payudara bagi pengesanan awal kanser serviks dan kanser payudara.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Aktiviti promosi kesihatan berkaitan wanita bersama sektor agensi kerajaan yang lain, swasta atau sukarela.
Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas
  • Perkhidmatan kesihatan warga emas yang komprehensif di peringkat klinik kesihatan.
  • Aktiviti promosi kesihatan dan penglibatan komuniti dalam masalah kesihatan dan penjagaan warga emas.
PERANAN
  • Merancang aktiviti di bawah Unit Kesihatan Keluarga sama ada di peringkat negeri atau daerah
  • Mengenalpasti sumber fizikal, anggota kesihatan (tenaga manusia) dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah Unit Kesihatan Keluarga negeri/daerah
  • Menyelaras pelaksanaan aktiviti Kesihatan Keluarga di peringkat daerah
  • Mengenalpasti masalah yang timbul dan mengambil langkah penyelesaian bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan aktiviti di daerah
  • Memantau dan menilai pencapaian aktiviti di bawah Unit Kesihatan Keluarga dan memberi maklumbalas kepada daerah
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768