Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
- Dalam Proses Pengemaskinian -
PENGENALAN
  • SEJARAH PENUBUHAN
    Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar telah ditubuhkan di Negeri Sembilan sejak tahun 1996 dan tugas-tugas di bawah unit ini telah dijalankan oleh Pegawai AIDS/STI. Pada tahun 1997, dua perjawatan untuk Pegawai Kesihatan Pekerjaan 41 (dulunya dikenali sebagai Kesihatan Cara Kerja) telah diluluskan iaitu satu di Jabatan Kesihatan Negeri dan satu lagi di Pejabat Kesihatan Seremban. Jawatan Pegawai Kesihatan Pekerjaan di Jabatan Kesihatan Negeri telah diisi pada pertengahan bulan Februari 1997 sementara jawatan di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah diisi pada tahun 2001. Satu jawatan bagi Jururawat Kesihatan juga diluluskan di Pejabat Kesihatan Seremban dan telah diisi pada tahun 2002. Pada tahun 2004, satu jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 telah diluluskan dan diisi di Jabatan Kesihatan Negeri. Satu jawatan Pembantu Tadbir (Rekod) N17 telah diluluskan pada tahun 2007. Jawatan Pembantu Tadbir (Rekod) N17 telah diisi pada bulan Mei 2008. Pada tahun 2012, satu jawatan Pakar Perubatan Kesihatan Awam telah diluluskan dan diisi untuk unit ini.
  • MATLAMAT PENUBUHAN
    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar menjalankan dua program utama iaitu Program Kesihatan Pekerjaan dan Program Kesihatan Alam Sekitar. Di bawah Program Kesihatan Pekerjaan, fungsi utama unit ini adalah untuk membantu hal-hal berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan-kakitangan kesihatan melalui aktiviti-aktiviti seperti pengesanan serta notifikasi penyakit pekerjaan, kecederaan dan keracunan, latihan-latihan dan promosi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menjalankan pengawasan perubatan ke atas pekerja yang berisiko tinggi di klinik kesihatan pekerjaan. Unit ini juga membantu jabatan-jabatan kerajaan lain terutamanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta Jabatan Pertanian di dalam menentukan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja di industri selain yang tersebut di atas adalah terjamin.

    Di bawah Program Kesihatan Alam Sekitar pula, fungsi utama unit ini adalah untuk membantu dalam hal-hal berkaitan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan persekitaran. Unit ini bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar
OBJEKTIF
  • OBJEKTIF AM
    i. Untuk memberi perkhidmatan kesihatan komprehensif kepada golongan pekerja dengan memberi penekanan terhadap aspek promosi, pencegahan dan penjagaan kesihatan
    ii. Mewujudkan persekitaran yang sihat dan kondusif untuk kesihatan fizikal dan mental masyarakat
  • OBJEKTIF KHUSUS
    1. Program Kesihatan Pekerjaan
    i. Mempromosi kesihatan pekerjaan kepada anggota kesihatan dan masyarakat
    ii. Menjalankan surveilans kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan iii. Memberi perkhidmatan kesihatan pekerjaan melalui aktiviti-aktiviti dari peringkat pencegahan hingga ke peringkat penjagaan kesihatan

    2. Program Kesihatan Alam Sekitar
    i. Mempromosikan persekitaran yang selamat dan sihat kepada masyarakat
    ii. Menjalankan surveilans hazad persekitaran dan menjalankan intervensi yang bersesuaian
VISI
  • Ke arah kesihatan pekerja serta persekitaran yang lebih mampan
MISI
  • Untuk mempromosikan taraf kesihatan yang berkualiti melalui :

    i. Pencegahan penyakit pekerjaan
    ii. Pencegahan kemalangan di tempat kerja
    iii. Persekitaran kerja yang bebas risiko dan selamat
FUNGSI
  • Program Kesihatan Pekerjaan
  • Program Kesihatan Alam Sekitar
PERANAN
  • Program Kesihatan Pekerjaan
    1. Program Survelans
    i. Penyakit Pekerjaan
    - Penyakit Kulit Pekerjaan
    - Penyakit Paru-Paru Pekerjaan
    - Kecederaan di Kalangan Anggota Kesihatan
    - Keracunan Kimia dan Pestisid
    - Penyakit Hilang Pendengaran
    ii. Survelans Kecederaan oleh Alatan Tajam

    2. Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja KKM
    i. Penilaian Risiko di Tempat Kerja
    ii. Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    iii. Tempat Kerja Bebas Dadah
    iv. Tempat Kerja Bebas Tekanan
    v. Pemeriksaan Kesihatan di Tempat kerja

    3. Program Penjagaan Kesihatan Di Tempat Kerja
    i. Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance) Pekerja
    ii. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
    iii. Imunisasi Hepatitis B Anggota Kesihatan
    iv. Imunisasi Influenza A bagi Anggota Barisan Hadapan KKM dan bukan KKM
    v. Pemeriksaan Kesihatan Anggota Atas 40 tahun
    vi. Pemeriksaan Kesihatan Pemandu
    vii. Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Tibi

    4. Program Kepastian Kualiti (“Quality Assuarance Indikator”) (Kadar Kejadian Tercucuk Jarum Di Kalangan Anggota Kesihatan KKM)

    5. Perkhidmatan Klinik (Kes. Pekerjaan)
    i. Pengawasan Perubatan Angota Berisiko Tinggi
    ii. Diagnosis, Rawatan dan Pengendalian Penyakit-Penyakit Pekerjaan

  • Program Kesihatan Alam Sekitar
    1. Sanitasi Alam Sekitar
    i. Penilaian Kesihatan Persekitaran Institusi Berisiko Tinggi
    - Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN
    - Depot Tahanan Imigresen Lenggeng
    - Penjara
    - Pemeriksaan Sanitari Sekolah
    - Perumahan/ Ladang/ Estet
    - Taska/Tadika
    - Pusat Jagaan Harian
    - Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta
    ii. Penyiasatan Aduan Alam Sekitar

    2. Program Survelans Penyakit berkaitan Alam Sekitar
    i. Penyakit berkaitan Jerebu
    ii. Penyakit-penyakit lain berkaitan Alam Sekitar

    3. Program Penempatan Sejahtera
    i. Program Khas Port Dickson Sejahtera
    ii. Penempatan Sejahtera di Daerah-Daerah
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768