Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Pemakanan

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Aktiviti pemakanan telah bermula sejak tahun 50-an di mana ianya telah diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak. Pada tahun 1977, jawatan Pegawai Sains Zat Makanan (PZM) telah diwujudkan di bawah Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak. Pada tahun 1995, Unit Pemakanan telah dibentuk di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Unit Pemakanan ini seterusnya menjadi unit yang berasingan di bawah Program Kesihatan Awam mulai 16 Oktober 2009 sehingga kini. Pada tahun 2011, nama jawatan PZM telah ditukar kepada Pegawai Sains Pemakanan (PSP), seiring dengan perkembangan perkhidmatan pemakanan semasa.
  • Aktiviti-aktiviti pemakanan dijalankan sepanjang tahun bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan pemakanan kepada komuniti. Prosedur ini menggariskan langkah-langkah dalam pengawasan taraf pemakanan dan aktiviti pemakanan untuk tujuan mengenalpasti keutamaan kes bagi merancang, memantau dan menilai aktiviti pemakanan supaya peratus pemulihan dapat dipertingkatkan. Program Promosi Pemakanan akan diperkukuhkan bagi meningkatkan tahap pengetahuan pemakanan sihat dan seimbang bagi semua golongan di Negeri Sembilan merangkumi aspek pemakanan bermula daripada pemakanan bayi sehinggalah golongan dewasa
OBJEKTIF
  • Mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat
  • Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat
  • Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan.
VISI
  • Menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui program pemakanan secara profesional, efisyen, saksama dan mesra
MISI
  • Melaksanakan program pemakanan menerusi penglibatan individu, keluarga dan masyarakat ke arah peningkatan taraf hidup yang berkualiti untuk mencapai kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan
FUNGSI
  • Program/Aktiviti Unit Pemakanan merangkumi setiap kitaran hidup daripada bayi dalam kandungan sehingga warga usia emas.
PERANAN
  • Program Kesihatan Pekerjaan
    1. Program Survelans
    i. Penyakit Pekerjaan
    - Penyakit Kulit Pekerjaan
    - Penyakit Paru-Paru Pekerjaan
    - Kecederaan di Kalangan Anggota Kesihatan
    - Keracunan Kimia dan Pestisid
    - Penyakit Hilang Pendengaran
    ii. Survelans Kecederaan oleh Alatan Tajam

    2. Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja KKM
    i. Penilaian Risiko di Tempat Kerja
    ii. Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    iii. Tempat Kerja Bebas Dadah
    iv. Tempat Kerja Bebas Tekanan
    v. Pemeriksaan Kesihatan di Tempat kerja

    3. Program Penjagaan Kesihatan Di Tempat Kerja
    i. Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance) Pekerja
    ii. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
    iii. Imunisasi Hepatitis B Anggota Kesihatan
    iv. Imunisasi Influenza A bagi Anggota Barisan Hadapan KKM dan bukan KKM
    v. Pemeriksaan Kesihatan Anggota Atas 40 tahun
    vi. Pemeriksaan Kesihatan Pemandu
    vii. Pemeriksaan Kesihatan Penyakit Tibi

    4. Program Kepastian Kualiti (“Quality Assuarance Indikator”) (Kadar Kejadian Tercucuk Jarum Di Kalangan Anggota Kesihatan KKM)

    5. Perkhidmatan Klinik (Kes. Pekerjaan)
    i. Pengawasan Perubatan Angota Berisiko Tinggi
    ii. Diagnosis, Rawatan dan Pengendalian Penyakit-Penyakit Pekerjaan

  • Program Kesihatan Alam Sekitar
    1. Sanitasi Alam Sekitar
    i. Penilaian Kesihatan Persekitaran Institusi Berisiko Tinggi
    - Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN
    - Depot Tahanan Imigresen Lenggeng
    - Penjara
    - Pemeriksaan Sanitari Sekolah
    - Perumahan/ Ladang/ Estet
    - Taska/Tadika
    - Pusat Jagaan Harian
    - Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta
    ii. Penyiasatan Aduan Alam Sekitar

    2. Program Survelans Penyakit berkaitan Alam Sekitar
    i. Penyakit berkaitan Jerebu
    ii. Penyakit-penyakit lain berkaitan Alam Sekitar

    3. Program Penempatan Sejahtera
    i. Program Khas Port Dickson Sejahtera
    ii. Penempatan Sejahtera di Daerah-Daerah
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768