Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Perkembangan Kesihatan Awam

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
CARTA ORGANISASI
- Dalam Proses Pengemaskinian -
PENGENALAN
  • Unit Perkembangan Kesihatan Awam merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam yang bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan aktiviti di bawah Program.
OBJEKTIF
Merancang, melaksana dan memantau :
  1. Pengurusan kewangan program kesihatan awam
  2. Pengurusan sumber manusia bagi program kesihatan awam
  3. Pengurusan keperluan latihan bagi program kesihatan awam
  4. Menggalakan dan memantau inisiatif kualiti dan inovasi dalam program kesihatan awam
  5. Menggalakkan dan memantau inisiatif penyelidikan saintifik, teknikal dan pembangunan (R&D) didalam program kesihatan awam
  6. Merancang pembangunan dan perkembangan kepakaran/subkepakaran kesihatan awam dan kemahiran semua profesyen dibawah program kesihatan awam
FUNGSI
  • PENGURUSAN KEWANGAN
    Memantau dan menyelaras peruntukan di bawah Program Kesihatan Awam samada, pembahagian Batas ET awal tahun, permohonan peruntukan tambahan, peruntukan aset alih kerajaan, pengagihan waran termasuk peruntukan One-off atau Dasar sediaada, peruntukan Latihan Modal Insan (Latihan dalam Perkhidmatan) dan perkara-perkara yang berkaitan peruntukan kewangan.
  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    Menilai dan memantau keadaaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan serta menjadi penyelaras penempatan anggota kesihatan di bawah Program Kesihatan Awam.
  • PENGURUSAN LATIHAN
    Memantau dan menyelaras latihan/kursus yang dirancang serta memastikan kakitangan anggota kesihatan mencapai 7 hari berkursus samada di ibupejabat atau daerah disamping menyemak dan membuat kompilasi laporan perbelanjaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang perlu dihantar ke Unit Latihan JKNNS dan Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 bulan sekali.
  • PENGURUSAN KUALITI
    Menyelaras dan memantau aktiviti termasuk laporan dan program berkaitan kualiti seperti KIK, QAP dan ISO di bawah Program Kesihatan Awam samada di peringkat ibupejabat dan daerah.
  • PENYELIDIKKAN DAN PEMBANGUNAN(RESEARCH AND DEVELOPMENT)
    Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif.
  • PENGURUSAN MESYUARAT
    Menyelaras mesyuarat teknikal dan yang berkaitan dengan Kesihatan Awam serta menyediakan takwim mesyuarat Bahagian Kesihatan Awam.
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768