Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Promosi Kesihatan

Bahagian Kesihatan Awam
Unit AIDS/STI
Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Unit Kesihatan Keluarga
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
Unit Pemakanan
Unit Penjagaan Kesihatan Primer
Unit Penyakit Berjangkit (CDC)
Unit Perkembangan Kesihatan Awam
Unit Promosi Kesihatan
Unit Tibi/Kusta
 
PENGENALAN
  • Unit Promosi Kesihatan, atau dahulunya dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan adalah salah satu daripada Unit yang terletak di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk menerbit dan mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan. Kemudian, fungsi Unit ini telah beralih daripada penerbitan dan pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk latihan, khidmat runding promosi kesihatan, penyelidikan dan media massa. Fungsi utama Unit Promosi Kesihatan kini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Sembilan. Program dan aktiviti promosi kesihatan memberi perkhidmatan sokongan kepada program kesihatan awam lain, program perubatan, program pergigian dan program farmasi. Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen promosi kesihatan di dalam program-program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.
OBJEKTIF
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional, efisyen, saksama dan mesra.
  • Merangka dan melaksanakan perancangan yang strategik bagi program kesihatan, perubatan dan pergigian selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dan rangka Rancangan Jangka Panjang Negara
  • Mengamal dan menilai semula program dan aktiviti promosi kesihatan, perubatan dan pergigian
  • Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan latihan yang merangkumi program kesihatan, perubatan dan pergigian; dan
  • Menjalin hubungan baik dan menggalakkan penglibatan agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan di semua peringkat pentadbiran
VISI
  • Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan program-program kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional, efisyen, saksama dan mesra.
MISI
  • Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus akan melaksanakan program perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang merangkumi bidang promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah peningkatan taraf hidup berkualiti
FUNGSI
  • Pelaksanaan Kempen Cara Hidup sihat
  • Menganjur dan menyelaras Tunas Doktor Muda, Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan Program Siswa Sihat (PROSIS)
  • Sistem Dokumentasi Program Pendidikan Kesihatan dan promosi Kesihatan (Manual dan SISPEK)
  • Menganjur dan menyelaras Program Pormosi Kesihatan di peringkat Negeri
  • Menguruskan Slot di Negeri FM dan LED Yayasan Negeri
  • Merancang, melaksana dan mengelola majlis pelancaran sambutan hari-hari khas dan kempen kesihatan di peringkat Negeri
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan
  • Menguruskan penempatan iklan melalui outdoor media seperti Billboard
  • Pelaksanaan aktiviti pameran
  • Pengurusan pinjaman bahan pameran
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Projek Khas Promosi Kesihatan dengan kumpulan tertentu / Swasta / NGO / Agensi kerajaan.
  • Merancang dan melaksanakan Kajian Tingkah Laku berkaitan dengan Program Promosi Kesihatan.
  • Menganjurkan kursus / Latihan dalam perkhidmatan di bidang promosi kesihatan bagi pelbagai kategori kakitangan kesihatan.
 
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768