Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Sumber Manusia

OBJEKTIF
  • Untuk memastikan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) khasnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)amnya mempunyai sumber dan struktur organisasi yang sempurna dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada semua anggota.
VISI
  • Memastikan Unit Sumber Manusia menjadi organisasi terbaik dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang cemerlang demi kepuasan pelanggan.
MISI
  • Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti.
PIAGAM PELANGGAN
BIL PERKHIDMATAN PIAGAM
1 Pengurusan Perjawatan Memastikan urusan perjawatan di semua bahagian dan pegawai di bawah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan diuruskan mengikut keperluan semasa
2 Penempatan pegawai baru Setiap anggota baru yang melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di Jabatan yang ditugaskan pada hari yang sama
3 Pengesahan Lantikan Memastikan proses pengesahan lantikan diuruskan secara atas talian dalam tempoh 7 hari
4 Pengesahan Dalam Perkhidmatan Memastikan pengesahan dalam perkhidmatan secara atas talian diurus dalam tempoh 14 hari
5 Kemasukan ke Jawatan Berpencen Memastikan urusan kemasukan ke jawatan berpencen diuruskan dalam tempoh 7 hari
6 Urusan Pertukaran Kakitangan Memastikan urusan pertukaran warga JKNNS diurus secara teratur dengan mengadakan mesyuarat penempatan secara berkala
7 Pergerakan Gaji dan APC i. Pergerakan gaji tahunan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bersidang
ii. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (bagi anggota yang dipilih) diadakan selewat-lewatnya 120 hari dari tarikh panel Pembangunan Sumber Manusia bersidang
8 Dokumen persaraan Memastikan semua dokumen persaraan lengkap dikemukakan ke Jaatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
9 Permohonan Kelulusan ke Luar Negara Rasmi dan Persendirian Memaklumkan keputusan permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi (perjalanan kurang daripada 2 minggu) dan urusan persendirian dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
10 Pengurusan cuti kakitangan Rekod cuti kakitangan dikemaskini dari semasa ke semasa secara online dan manual serta direkodkan ke dalam buku perkhidmatan
11 Urusan penanggungan kerja Urusan penangguhan kerja diselaraskan melalui mesyuarat Pra Tanggungkerja dan mesyuarat berkala 2 bulan sekali
12 Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Memastikan semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dikemukakan ke Kementerian Kesihatan mengikut tarikh yang telah ditetapkan
13 Urusan Perletakan Jawatan Memastikan semua urusan perletakan jawatan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat perletakan jawatan
14 Urusan tindakan tatatertib Memastikan segala urusan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
15 Urusan Pengisytiharan Harta Memastikan semua pegawai lantikan baru membuat pengisytiharan harta dan 5 tahun sekali bagi pegawai yang sedang berkhidmat
16 Tapisan Keselamatan Kasar Memastikan proses tapisan keselamatan kasar dikemukakan ke JPM melalui KKM untuk pegawai-pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan para medik lantikan baru
17 Buku Rekod Perkhidmatan Memastikan buku rekod perkhidmatan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FUNGSI
  • Memastikan Unit Sumber Manusia mempunyai anggota yang cekap, bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran berasaskan budaya kerja yang cemerlang berterusan.
PERANAN
  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan perjawatan warga JKNNS
  • Menguruskan penempatan dan pertukaran angggota dan pegawai JKNS
  • Pembangunan organisasi dalam perjawatan JKNNS
  • HRMIS
  • Tatatertib
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768