Font Size

Profile

Bantuan W3C

Bahagian Pergigian

Bahagian Pergigian
Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian
Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian
Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian
Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Bahagian Kesihatan Pergigian adalah salah satu bahagian di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang menguruskan perkhidmatan kesihatan pergigian secara holistik kepada masyarakat di Negeri Sembilan melalui kolaborasi dengan program lain dibawah JKNNS serta pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  • Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) berfungsi sebagai pusat pentadbiran perkhidmatan pergigian bagi Negeri Sembilan. Pengurusan perkhidmatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan dan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, KKM.
  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas tujuh daerah iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Port Dickson, Jelebu dan Rembau di mana pengurusan perkhidmatan kesihatan pergigian adalah di bawah Pegawai Pergigian Daerah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian).
  • Fungsi Bahagian Kesihatan Pergigian merangkumi perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian semua aktiviti-aktiviti utama perkhidmatan kesihatan pergigian, keperluan sumber kewangan, sumber manusia, infrastruktur dan pengurusan pentadbiran. Fungsi utama adalah mengikut 4 aktiviti seperti berikut:

    i) Pengurusan
    ii) Penjagaan Kesihatan Pergigian
    iii) Amalan Pergigian dan Penguatkuasaan
    iv) Perkembangan Kesihatan Pergigian
OBJEKTIF
  • Mempertingkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dengan memberi keutamaan kepada kumpulan sasaran agar taraf kesihatan masyarakat dikekalkan selaras dengan kemajuan sosio-ekonomi Negara
VISI
  • Penduduk Negeri Sembilan akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal
MISI
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mengutamakan kepada penduduk negeri Sembilan agar mereka menikmati tahap kesihatan pergigian yang optima dan menyedari untuk mempertahankan sepanjang hayat.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768