Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian

Bahagian Pergigian
Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian
Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian
Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian
Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian berperanan untuk mengendalikan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan peraturan-peraturannya dengan kerjasama Unit Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Negeri Sembilan.
  • Memantau keselamatan dan kesihatan fasiliti pergigian kerajaan dalam aspek pematuhan Akta serta garispanduan berkaitan.
  • Unit ini juga memantau pembangunan fasiliti pergigian kerajaan dari segi perancangan projek pembangunan Rancangan Malaysia.
OBJEKTIF
    1. PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN
      Menjalankan pemantauan ke atas Klinik Pergigian Swasta di Negeri Sembilan termasuklah pemeriksaan pra-pendaftaran, pasca pendaftaran serta menentusah permohonan pendaftaran Klinik Pergigian Swasta yang mematuhi.

    2. PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PERGIGIAN
      Projek pembangunan kemudahan pergigian:
      - Meyediakan perancangan projek pembangunan pergigian bagi Rancangan Malaysia (RMK).

    3. PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI
      Mengukuhkan sistem penyampaian kesihatan pergigian berdasarkan penemuan kajian penyelidikan

    4. AKTIVITI KUALITI KESIHATAN PERGIGIAN
      Memantau aktiviti-aktiviti KIK dan Inovasi Kesihatan Pergigian peringkat negeri:
VISI
  • Penduduk Negeri Sembilan akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal.
MISI
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mengutamakan kepada penduduk negeri Sembilan agar mereka menikmati tahap kesihatan pergigian yang optima dan menyedari untuk mempertahankan sepanjang hayat.
PIAGAM PELANGGAN
  • Kemudahan untuk Pelanggan

    - segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, cekap, amanah dan secepat mungkin mengikut    
      keperluan.
    - semua pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
    - semua pelanggan yang membuat temujanji dapat berjumpa pegawai mengenai urusan perkhidmatan
      kesihatan pergigian dalam tempoh 15 minit

  • Taraf Perkhidmatan

    - semua perkhidmatan akan diberikan dengan baik, bertimbang rasa, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
    - semua perkhidmatanyang diberikan adalah secara professional serta disediakan kemudahan yang sempurna

  • Kewajiban Pelanggan

    - bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.
    - membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan.
    - menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
    - mematuhi temujanji yang telah diberikan dan menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati
      temujanji.

FUNGSI
  • Menyemak dokumen serta pelan lantai semasa proses permohonan pendaftaran Klinik Pergigian Swasta di bawah Akta kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bersama Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Negeri Sembilan
  • Menentusahkan (verify) dokumen permohonan pelupusan Perakuan Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan kerjasama UKAPS serta menjalankan siasatan seperti yang dikehendaki oleh Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan Bahagian Kesihatan Pergigian KKM (OHD)
  • Mengendalikan aduan
    - Menjalankan siasatan mengenai aduan ke atas Klinik Pergigian Swasta/ Kerajaan
  • Mengendalikan dan memantau Audit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
    - Memantau aktiviti audit kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang dijalankan oleh daerah
    - Memberi CDE berterusan
  • Memantau “patient safety goals”.
    - Memantau pencapaian serta penghantaran laporan ke Bahagian Kesihatan Pergigian KKM.
  • Memantau serta mempastikan rekabentuk fasiliti pergigian mengikut piawai.
  • Menyediakan spesifikasi peralatan pergigian
  • Membuat serta menyelaras penilaian teknikal peralatan pergigian
  • Memantau penyelenggaran peralatan pergigian di bawah Projek MEET (Medical Enhancement Equipment Tenure) dan penyelenggaraan klinik dan kenderaan di bawah Projek PSK (Perkhidmatan Sokongan Klinik)
  • Pengkalan database fasiliti
    - Memantau pengumpulan database fasiliti pergigian yang dihantar oleh daerah dan mengemukakan ke Bahagian Kesihatan
    Pergigian KKM
    - Mengemaskini taburan fasiliti Kesihatan Pergigian mengikut daerah.
  • Mengumpul permohonan aset perubatan dan bukan perubatan setiap tahun untuk dikemukakan kepada Bahagian
    Kesihatan Pergigian KKM dan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
  • Urusetia bagi aktiviti Anugerah Inovasi Kebangsaan Peringkat KKM
  • Mengumpul dan menghantar permohonan peringkat negeri yang diterima bagi aktiviti Anugerah Inovasi Kebangsaan
    peringkat KKM yang diadakan setiap tahun
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768