Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian

Bahagian Pergigian
Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian
Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian
Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian
Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian
CARTA ORGANISASI
 
PENGENALAN
  • Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian merupakan unit sokongan yang berperanan dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan dengan kerjasama Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

OBJEKTIF
  • Menyediakan keperluan asas dari segi pengurusan pentadbiran, kewangan serta lain-lain pentadbiran  yang melibatkan keseluruhan perkhidmatan pergigian di Negeri Sembilan

VISI
  • Penduduk Negeri Sembilan akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal

MISI
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mengutamakan kepada penduduk negeri Sembilan agar mereka menikmati tahap kesihatan pergigian yang optima dan menyedari untuk mempertahankan sepanjang hayat.

PIAGAM PELANGGAN
  • Kemudahan untuk Pelanggan

    - segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, cekap, amanah dan secepat mungkin mengikut keperluan.
    - semua pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
    - semua pelanggan yang membuat temujanji  dapat berjumpa pegawai mengenai urusan perkhidmatan kesihatan pergigian  
      dalam tempoh 15 minit

  • Taraf Perkhidmatan

    - semua perkhidmatan akan diberikan dengan baik, bertimbang rasa, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
    - semua perkhidmatanyang diberikan adalah secara professional serta disediakan kemudahan yang sempurna

  • Kewajiban Pelanggan

    - bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.
    - membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan.
    - menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
    - mematuhi temujanji yang telah diberikan dan menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati temujanji

FUNGSI
  • Pengurusan Pentadbiran

    - Meyediakan surat menyurat untuk mesyuarat, kursus, seminar, kempen-kempen, laporan aduan, tatatatertib, cuti, fail-fail, aset, pas jabatan dan laporan laporan yang berkaitan pentadbiran
    - Menyediakan data pergerakan anggota pergigian dalam urusan lantikan, kenaikan pangkat, pertukaran, penempatan,
      perjawatan, perjalanan keluar negera, perletakan jawatan dan persaraan.
  • Pengurusan Kewangan

    - Menyediakan data perbelanjaan mengurus aktiviti kesihatan pergigian untuk kelulusan TPKN (G)
    - Menyediakan nota minta dengan kelulusan TPKN (G) kepada Unit Kewangan, JKNNS untuk semua urusan kewangan dan pembelian untuk Bahagian Kesihatan Pergigian, JKNNS
    - Menyediakan tuntutan perjalanan anggota pergigian serta elaun-elaun berkaitan
    - Menyelaraskan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768