Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian

Bahagian Pergigian
Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian
Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian
Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian
Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
  • Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian merupakan unit yang  menguruskan pelaksanaan program-program kesihatan pergigian kearah  peningkatan kualiti hidup masyarakat. Ini merangkumi:

    i)   Kesihatan Pergigian Primer
    ii)  Kesihatan Pergigian Kepakaran
    iii) Kesihatan Pergigian Masyarakat
    iv) Penggalakan kesihatan Pergigian

OBJEKTIF
    1. PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER
      Mengendalikan semua urusan pelaksanaan serta perancangan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer peringkat negeri  melalui penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian keberkesanan aktiviti Penjagaan Kesihatan Pergigian.

    2. PERKHIDMATAN  KESIHATAN PERGIGIAN  KEPAKARAN
      Mengendali  segala urusan perancangan dan penyediaan perkhimatan kesihatan pergigian kepakaran

    3. PERKHIDMATAN  KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT
      Mengendalikan semua urusan dalam pelaksanaan program kesihatan pergigian masyarakat.

    4. PENGGALAKAN KESIHATAN PERGIGIAN
      Merancang dan memantau penggunaan social media iaitu webpage untuk program kesihatan pergigian
VISI
  • Penduduk Negeri Sembilan akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal

MISI
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mengutamakan kepada penduduk negeri Sembilan agar mereka menikmati tahap kesihatan pergigian yang optima dan menyedari untuk mempertahankan sepanjang hayat.

PIAGAM PELANGGAN
  • Kemudahan untuk Pelanggan

    - segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, cekap, amanah dan secepat mungkin mengikut keperluan.
    - semua pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
    - semua pelanggan yang membuat temujanji dapat berjumpa pegawai mengenai urusan perkhidmatan kesihatan
      pergigian dalam tempoh 15 minit

  • Taraf Perkhidmatan

    - semua perkhidmatan akan diberikan dengan baik, bertimbang rasa, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
    - semua perkhidmatanyang diberikan adalah secara professional serta disediakan kemudahan yang sempurna

  • Kewajiban Pelanggan

    - bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.
    - membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan.
    - menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
    - mematuhi temujanji yang telah diberikan dan menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati temujanji

FUNGSI
  • Pemantauan semua program-program pergigian yang melibatkan perkhidmatan pergigian primer termasuklah kumpulan sasaran yang perlu di berikan keutamaan seperti toddler,kanak-kanak pra sekolah, murid sekolah rendah dan menengah, orang dewasa, ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak istimewa, dan orang asli
  • Mengenal pasti dan merancang sumber manusia serta personel pergigian dalam pemberian perkhidmatan
  • Memantau pencapaian perkhidmatan serta indikator yang di perlukan bagi memastikan semua perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan mencapai sasaran KPI, NIA dan DSA yang telah ditetapkan oleh KKM dan Jabatan.
  • Merancang sasaran dan perancangan strategi baru bagi semua aktiviti primer termasuklah pemberian perkhidmatan yang melibatkan infrastruktur termasuklah NBOS seperti UTC (Urban Transformation Centre).
  • Menyediakan permohonan perjawatan baru (ABM) serta Dasar Baru/One off bagi program kesihatan pergigian.
  • Memastikan peningkatan kualiti perkhidmatan yang di berikan dengan merancang, mendokumenkan dan melaksanakan sistem kualiti selaras dengan MS ISO 9001;2008 di semua peringkat iaitu negeri dan daerah
  • Memastikan semua laporan perkhidmatan pergigian di pantau dan dihantar ke KKM mengikut arahan.
  • Merancang serta memantau perkhidmatan kepakaran sedia ada dan perkhidmatan kepakaran yang baru yang perlu diwujudkan di peringkat negeri
  • Memantau penyediaan dan pelaksanaan garis panduan pelaksanaan program kepakaran
  • Menyelaras dan memantau perkhidmatan kepakaran dari segi sumber manusia, kewangan serta keperluan  infrastruktur dan peralatan.
  • Program-program masyarakat yang di pantau termasuklah:
    -  Program Pemfluoridaan Bekalan Air Awam
    -  Program Pencegahan Klinikal
    -  Program Pengesanan Awal Pra-kanser dan Kanser Mulut
    -  Program National Blue Ocean Strategy (NBOS)
  • Penyediaan permohonan Dasar Baru /One off untuk aktiviti kesihatan pergigian masyarakat.
  • Kolaborasi dengan pelbagai agensi bagi tujuan pelaksanaan program dan penyelidikan sekiranya perlu.
PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768