Font Size

Profile

Bantuan W3C

Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian

Bahagian Pergigian
Unit Amalan Dan Penguatkuasaan Pergigian
Unit Pengurusan Kesihatan Pergigian
Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian
Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian
CARTA ORGANISASI
 
PENGENALAN
  • Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian berperanan dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau serta menilai semua aktiviti latihan anggota kesihatan pergigian, aktiviti promosi kesihatan pergigian, aktiviti epidemiologi dan kajian, pengurusan teknologi maklumat serta aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan.
OBJEKTIF
  1. Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian
    Memperkasakan modal insan dan membina kapasiti organisasi melalui:

    - Mengenalpasti keperluan latihan dan merancang pelan operasi latihan bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), Dalam dan Luar Negara.
    - Memantau pelaksanaan latihan dari segi perbelanjaan peruntukan LDP dan bilangan hari berkursus
    - Menjalankan penilaian keberkesanan latihan

  2. Promosi Kesihatan Pergigian
    Memperkasa masyarakat dalam mengawal faktor-faktor yang menentukan kesihatan pergigian melalui:

    - Merancang aktiviti promosi kesihatan pergigian di peringkat negeri dan daerah berdasarkan analisa situasi
    - Memantau pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan dari segi kesesuaian dan keberkesanan aktiviti
    - Membangunkan kandungan maklumat kesihatan pergigian
    - Penggunaan sosial media dalam mempromosikan kesihatan pergigian
    - Mengeratkan kolaborasi dengan pelbagai agensi dalam mempromosikan kesihatan pergigian

  3. Epidemiologi dan Penyelidikan Kesihatan Pergigian
    Mengukuhkan sistem penyampaian kesihatan pergigian berdasarkan penemuan kajian penyelidikan :

    - Menyelaras semua projek penyelidikan di peringkat negeri
    - Meneliti dan menambahbaik cadangan projek penyelidikan melalui Jawatankuasa Penasihat Penyelidikan 
      Kesihatan Pergigian peringkat negeri
    - Memantau pelaksanaan projek penyelidikan Kesihatan Pergigian
    - Menyelaras penyebaran hasil penyelidikan

  4. Teknologi Maklumat dan Pengurusan Maklumat   Kesihatan Pergigian
    Melicinkan pengurusan maklumat kesihatan pergigian :

    - Pemantauan Projek TPC OHCIS di fasiliti pergigian di Negeri Sembilan
    - Pemantauan rekod latihan anggota melalui sistem MyCPD dan e-latihan
    - Pemantauan laman facebook dan blog Pergigian Negeri Sembilan

  5. Peningkatan Kualiti
    Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian:

    - Memantau pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan Peringkat Negeri Sembilan
    - Menyelaras adaptasi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam persekitaran tempat kerja
VISI
  • Penduduk Negeri Sembilan akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal.
MISI
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang mengutamakan kepada penduduk negeri Sembilan agar mereka menikmati tahap kesihatan pergigian yang optima dan menyedari untuk mempertahankan sepanjang hayat.
PIAGAM PELANGGAN
  • Kemudahan untuk Pelanggan

    - segala urusan pentadbiran dikendalikan dengan mesra, cekap, amanah dan secepat mungkin mengikut keperluan.
    - semua pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
    - semua pelanggan yang membuat temujanji  dapat berjumpa pegawai mengenai urusan perkhidmatan kesihatan  
      pergigian dalam tempoh 15 minit

  • Taraf Perkhidmatan

    - semua perkhidmatan akan diberikan dengan baik, bertimbang rasa, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
    - semua perkhidmatanyang diberikan adalah secara professional serta disediakan kemudahan yang sempurna

  • Kewajiban Pelanggan

    - bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.
    - membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan.
    - menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
    - mematuhi temujanji yang telah diberikan dan menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati temujanji

PENAFIAN   ||   DASAR PRIVASI   ||   DASAR KESELAMATAN   ||   PETA LAMAN

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 || Faks : 06-7638543

Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3.0++ & dan IE 7.0++ dengan menggunakan resolusi 1024 x 768