Image
Nama

Dr. Mohd Zulfa bin Mohamad

Jawatan
Emel
No. Tel

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung laman web Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Saya mewakili semua warga kerja Hospital Port Dickson mengucapkan Salam sihat, cergas dan ceria. 

Tan Sri, Puan Sri, Datuk-Datuk, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Di dalam usaha untuk menjayakan aspirasi negara, Hospital Port Dickson sentiasa menggembeleng tenaga dan usaha dalam memberi perkhidmatan perawatan kesihatan yang berkualiti kepada semua. Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorientasikan aspek keperluan dan kehendak semasa.

Sehubungan itu, dalam mencapai  kecemerlangan yang menyeluruh,  laman web merupakan salah satu medium penting dalam penyebaran maklumat dan berita terkini perkembangan semasa sama ada berkaitan hospital atau maklumat kesihatan secara amnya.

Besarlah harapan saya agar kewujudan laman web rasmi  Hospital Port Dickson ini dapat menjadi wadah maya yang bermanfaat dan sumber maklumat bukan sahaja kepada komuniti setempat malahan kepada kesemua pengunjung.

Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina bagi memantapkan lagi kandungan laman web juga tahap perkhidmatan yang disediakan di Hospital Port Dickson. Semoga semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya.

Akhir kata selamat melayari laman web rasmi Hospital Port Dickson.

Sekian, terima kasih.

Pengarah

Hospital Port Dickson