Visi
Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorentasikan aspek keperluan dan kehendak semasa.
Misi
- Menyediakan rawatan perubatan pakar yang berkualiti, cekap, memenuhi piawaian dan keperluan pelanggan.
- Memastikan perubatan kesihatan yang diberikan oleh warga kerja dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Melaksanakan program peningkatan kualiti yang berterusan dan inovatif.
Objektif
- Meningkatkan kualiti rawatan perubatan dan pendidikan kesihatan melalui kakitangan yang terlatih lagi dedikasi
- Memberikan layanan yang mesra berkonsepkan budaya masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni kepada setiap pelanggan serta prihatin kepada kehendak-kehendak pelanggan.
- Memupukkan sikap saling hormat-menghormati di kalangan kakitangan agar melahirkan kakitangan yang berhemah tinggi serta mengamalkan sikap bekerja dalam pasukan supaya dapat mengeratkan lagi komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
- Menentukan perkhidmatan bukan perubatan seiringan dengan perkhidmatan perubatan agar selari dan menepati kehendak pelanggan.
- Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pendidikan yang berterusan kepada pesakit.
- Menitik beratkan disiplin kakitangan dari semua aspek tugasan dan perilaku di samping membentuk kakitangan berilmu agar dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti lagi dinamik ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.
- Mewujudkan hubungan baik dengan lain – lain agensi samaada kerajaan atau nswasta dalam mencapai konsep bersepadu.
Dasar Kualiti
- Hospital Port Dickson komited memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti.
- Perkhidmatan yang diberi memenuhi:
- Kehendak dan kepuasan pelanggan serta pematuhan kepada perundangan.
- Berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan secara berterusan dengan fokus kepada kehendak pesakit.
- Hak serta keselesaan pelanggan, bebas kesakitan dan memberi keutamaan kepada keselamatan dan pengurusan risiko.
- Dapat melaksanakan penambahbaikan kepada pengurusan kualiti secara berterusan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pencapaian Hospital
|
|
|
|
|
|
|
|
|



