Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi HTJ adalah salah satu projek inovasi untuk memudahkan pesakit-pesakit Hospital Tuanku Jaafar mengambil ubat susulan tanpa perlu menunggu, pada kos yang minimum dan memastikan pembekalan ubat yang berterusan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Farmasi Pandu Lalu, Ubat Melalui POS (UMP), Kad Temujanji, SMS/EMEL & Ambil (SEA), Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB) & Ambil Ubat di Klinik Komuniti (KKOM). Maklumat lanjut adalah seperti di poster di atas.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi FARMASI KLINIK PAKAR HTJ di talian 06-7685027 (beroperasi waktu pejabat)
#MUDAHDANMEMUDAHKAN