❤❤ BERITA BAIK BUAT WARGA HTJS ❤❤
Syukur Alhamdulillah. Tepat pada tarikh 1 Ramadhan, projek Rak Rezeki (food bank) di bawah kendalian Jabatan Kecemasan & Trauma HTJS telah berjaya dilancarkan.
Ruangan Rak Rezeki ni betul betul bersebelahan dengan pondok polis di Jabatan Kecemasan. Dekat situ ada pelbagai barangan makanan yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang memerlukan.
Ada pek beras, gula, garam, sardin, tepung dan beberapa jenis barangan lain.
Jika ada dikalangan staff HTJS, pesakit atau pelawat yang perlukan barangan sedemikian, tolong ambil di Rak Rezeki ya.
Mana yang berminat nak turut menyumbang untuk projek amal ni, klik dekat sini ? https://qrco.de/bc3wGV . Tak pun, bantu je share posting ni.
Manalah tahu usaha kita yang sedikit ni akan dapat memberikan kesan baik yang sangat besar untuk orang lain. Terima kasih ya.