Pinktober Aerobicthon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mahu bersenam sambil beramal dan berilmu? Juga pemeriksaan kesihatan secara percuma?

Mari ke Pinktober Aerobicthon dan Karnival kami!

Tarikh              : 28 Oktober 2023
Masa               : 8 pagi – 3 petang
Tempat            : Kompleks Belia dan Sukan Paroi (Kombes)

Pinktober Aerobicthon dan Karnival 2023 adalah anjuran bersama Persatuan Pembedahan Hospital Tuanku Ja’afar dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi tujuan untuk meningkatkan kesedaran penyakit kanser payu dara di kalangan penduduk di Negeri Sembilan dan mengumpul dana untuk pesakit-pesakit kami.

Aerobicthon adalah pertandingan aerobic selama 2 jam. Hadiah wang tunai akan diberikan kepada 3 pemenang terbaik.

Tempat pertama        : RM300
Tempat kedua            : RM200
Tempat ketiga            : RM100

Hadiah untuk peserta paling sporting juga akan diberikan!

Pendaftaran boleh dilakukan dengan scan QR code pada poster tersebut.

Yuran penyertaan:

  • Dewasa : RM60
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM30

Setiap penyertaan akan dapat Goodie Bag (T-shirt, sijil penyertaan dan makanan ringan)

Bayaran boleh dilakukan ke akaun Persatuan Pembedahan Seremban: BSN 0510 7411 0000 4544

Person-in-charge: Nur Hannah Fathihah binti Zulkepli (013-9064054)

Sila hantar bukti resit pembayaran ke person-in-charge.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Oktober 2023.

Selain aerobicthon, pelbagai aktiviti yang lain akan diadakan:-

  1. Saringan kesihatan payudara secara percuma
  2. Pameran kesihatan
  3. Aktiviti untuk kanak-kanak (pertandingan mewarna, dam ular) - hadiah juga akan disediakan
  4. Cabutan bertuah (20hadiah disediakan)

Jom kita ke sana!

Read 3767 times