Unit Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan
Pengenalan
Unit Perhubungan Awam mula ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang (1) Ketua Unit Pegawai Perhubungan Awam dan dibantu oleh dua (2) Penolong Pegawai Perhubungan Awam. Unit Perhubungan Awam bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan hospital.
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Ia berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di HTJS. Selain itu, unit ini juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan.
Visi
Unit Perhubungan Awam sentiasa bertindak selari dengan visi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) yang akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan aspek promotif, kuratif rawatan dan rehabilitatif di dalam bidang kepakaran utama. Selain menjadi pusat latihan berkualiti, pembangunan profesionalisme anggota perubatan dan kesihatan bersekutu. Anggotanya akan bertindak secara profesional, bersifat penyayang dan bekerjasama sebagai satu pasukan ke arah menyediakan perkhidmatan mesra yang berasaskan bukti dan menggunakan teknologi yang sesuai dan berkesan.
Misi
Untuk memajukan kesihatan melalui pendidikan kesihatan dan aktiviti promosi berasaskan klinik dan komuniti, dengan perkongsian bersama individu, komuniti dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan kesihatan.
Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesengsaraan dan membantu memperolehi pemulihan awal dan sepenuhnya melalui perkhidmatan diagnostic, kuratif dan pemulihan yang berkualiti, efisyen dan berkesan.
Untuk menyediakan latihan yang berkualiti dan pembangunan profesionalisme yang berterusan kepada semua kategori anggota perubatan, kesihatan bersekutu dan penuntut perubatan.
Objektif
Bergerak ke arah perkhidmatan perhubungan awam yang profesional sekaligus membawa imej yang baik kepada hospital. Juga dapat menyediakan sistem penyampaian terbaik dalam aspek perkhidmatan perhubungan awam kepada pelanggan serta melaksanakan pengurusan majlis dan protokol mengikut piawaian secara profesional. Matlamatnya bagi menyelaras dan memantau penyebaran maklumat yang tepat melalui medium teknologi maklumat, media cetak dan elektronik.
Perkhidmatan
Aduan
Memantau dan mengambil tindakan untuk kes-kes aduan dari Biro Pengaduan Awam (BPA), KKM, JKNS dan Laman Web Hospital.
Media Massa
Memantau isu-isu berkaitan dengan Jabatan yang disiarkan melalui media massa.
Publisiti
Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti Jabatan melalui media massa, merangkumi sidang akhbar, siaran media dan liputan media.
Menyelaras rakaman dan siaran langsung TV/ Radio serta sesi temubual yang berkaitan dengan isu dan program-program Jabatan.