Unit Penyelia Hospital
Pengenalan
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen Pengurusan Sumber Manusia di dalam penjagaan kesihatan pesakit di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Unit ini berperanan dan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisyen di kalangan anggota kerja dibawah jagaanya melibatkan PPP, PPK serta Pemandu Ambulan yang bertugas di bawah perkhidmatan klinikal di Jabatan Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik, Kesihatan Mental & Psikiatri, Otorinolaringologi, Haemodialisis, Endoskopi, Forensik dan semua disiplin pesakit dalam termasuk juga diperkhidmatan sokongan hospital.
Visi
Memastikan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan pada tahap yang berkualiti, proaktif, profesional, bersesuaian dengan teknologi masakini.
Misi
Membekalkan sumber manusia dalam perkhidmatan perubatan ke arah pengurusan yang profesional dan berkemahiran.
Objektif Umum
Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti.
Objektif Khusus
Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti.
Untuk menyediakan perkhidmatan sumber manusia (PPP, PPK dan Pemandu kenderaan Ambulan) dapat melaksanakan tugas dengan baik, efiesen dan berkualiti sepanjang masa.
Berusaha ke arah meningkatkan pencapaian nilai-nilai korporat KKM di dalam perkhidmatan di Jabatan / Unit / Wad pada keseluruhannya.
Berusaha memenuhi kepuasan perkhidmatan kepada semua pelanggan.
Memastikan proses peningkatan pengetahuan, kemahiran serta sikap jatidiri di semua peringkat Jabatan / Unit / Wad di semua perkhidmatan jabatan Hospital ini.
Perkhidmatan
Menerima dan melakukan orientasi pada anggota baru dikalangan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Melaksanakan pertukaran dan penempatan dalaman Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Mengendalikan latihan, kursus dan CME bagi Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran klinikal.
Menguatkuasakan dan pemantauan perlaksanaan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 Akta 180 dan Kod Etika Pembantu Perubatan dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 pada seluruh Penolong Pegawai Perubatan.
Mengurus dan memantau perjalanan beberapa sub unit perkhidmatan dibawah pengendalian Unit Penolong Pegawai Perubatan seperti Unit Perkhidmatan Porter, Unit Perkhidmatan Pelanggan, Unit Perkhidmatan Kaunter Nombor, Unit Perkhidmatan Kerusi Roda dan Unit Venepuncture.
Mengendalikan pengurusan Bilik Seminar Minang dan penyediaan keperluan permaidani merah bagi acara-acara rasmi kerajaan.
Menjalankan khidmat nasihat dan perundingan bagi anggota Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang menghadapi masalah pelanggaran disiplin, prestasi kerja yang kurang memuaskan dan lain-lain.