Unit Penyeliaan Kejururawatan

Unit Penyeliaan Kejururawatan

Pengenalan

Unit Kejururawatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban merupakan unit yang terbesar dengan jumlah jururawat dari pelbagai jawatan dan gred. Ia merupakan tulang belakang kepada HTJS dalam memberi perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada pelanggan di hospital ini. Unit Kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat dengan 6 direktorat daripada displin Perubatan, Pembedahan, Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik dan Anestesiologi

Visi

Mengekalkan dan meningkatkan prestasi profesyen kejururawatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan kejururawatan melalui pengalaman, budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan.

Misi

Meningkatkan piawian dan kualiti perawatan pesakit ketahap yang optima menerusi pembangunan kerjaya kejururawatan yang professional, penyanyang dan semangat kerja berpasukan.

Objektif

  1. Menyediakan penjagaan perawatan pesakit yang berkualiti,berkonsepkan perancangan dan perlaksanaan standard perawatan yang optima.

  2. Menganjurkan dan mengadakan kursus, latihan,persidangan,bengkel dan taklimat serta sesi orientasi ke arah pembangunan kerjaya anggota kejururawatan.

  3. Menyeleras dan menggunakan sumber tenaga anggota kejururawatan yang sedia ada untuk membantu dalam perawatan pesakit.

  4. Mengamalkan semangat kerja berpasukan antara unit-unit dan jabatan untuk mencapai objektif organisasi dan visi Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

  5. Merancang inovasi dan menjalnkan kajian untuk peningkatan perkhidmatan kejururawatan.

Perkhidmatan

Skop Perkhidmatan
  1. Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau pengurusan perkhidmatan organisasi kejururawatan, Hospital Tuanku Jaafar Seremban

  2. Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau pengurusan sumber manusia (Kejururawatan).

  3. Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau kompetensi termasuk aktiviti latihan dalam perkhidmatan (LDP) anggota Unit Kejururawatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

  4. Menggalakkan dan memastikan penyelidikan kejururawatan yang dilaksanakan oleh Jururawat berdaftar dengan National Medical Research Register (NMRR).

  5. Menyelaras, memantau dan melapor pengurusan penempatan pelatih Institut Pengajian Tinggi dan latihan sangkutan dalam bidang klinikal kejururawatan.

  6. Menyelaras perlaksanaan kefahaman, kepatuhan dan keberkesanan polisi dan prosedur, garispanduan, pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kejururawatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Hospital.

  7. Menyediakan dan memastikan kemudahan dan peralatan di setiap unit adalah bersesuaian dan selamat dalam perawatan pesakit.

  8. Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau program keselamatan pesakit dan aktiviti kualiti kejururawatan termasuk pemantauan pencapaian safety and performance improvement activities.

Perkhidmatan yang Disediakan
  1. Perkhidmatan Perawatan Pesakit Dalaman

  2. Perkhidmatan Perawatan Pesakit Luar

  3. Perkhidmatan Rawatan Harian Onkologi

  4. Perkhidmatan Rawatan Harian Pediatrik

  5. Perkhidmatan Rawatan Harian Haemodialisis

  6. Perkhidmatan Rawatan Harian Pembedahan

  7. Perkhidmatan Perawatan Wound Care Team

  8. Perkhidmatan Perawatan APS (Acute Pain Service)

  9. Perkhidmatan Blood Bank

Direktorat Penyeliaan dan Kejururawatan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat