Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang berperanan penting di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban dalam memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik dan teraputik invasif tertentu untuk pesakit dalam dan pesakit luar serta semua pesakit dari hospital kluster di bawah HTJ dan juga klinik-klinik kesihatan yang dirujuk ke HTJ. Perkhidmatan radiologi terdapat di tiga (3) lokasi utama iaitu di bangunan utama HTJ, Unit Radiologi Jabatan Perubatan Kecemasan serta Radiologi Klinik Pakar.

Visi

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensi radiologi yang berkualiti, cekap serta mengutamakan pesakit dengan peralatan radiologi yang terkini

Misi

  1. Menjadi pusat rujukan dalam bidang kepakaran radiologi untuk seluruh perkhidmatan radiologi di Negeri Sembilan

  2. Memberi perkhidmatan yang cemerlang, profesional dan mengikut Akta Perlindungan Radiasi

  3. Meningkatkan kemahiran staf dengan latihan yang berterusan selaras dengan perkembangan terkini bidang pengimejan perubatan

Objektif

Menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal yang cekap dan berkualiti melalui kerjasama kakitangan yang profesional dan berdisiplin dengan menggunakan teknologi yang terkini dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pesakit berpandukan undang-undang, peraturan, akta dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan

  1. Radiografi Am

  2. Radiografi Khas (CT Scan, MRI, Mammografi, Floroskopi, Ultrasound)

  3. Radiografi Dental (OPG/CBCT)

  4. Radiografi Mudah Alih (Mobile Radiography)

  5. Radiografi Dewan Bedah dan CCU

  6. Bone Mineral Densitometry (BMD)

Direktorat Diagnostik Klinikal & Forensik

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat