Unit Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi HTJS telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan hanya seorang Ketua Jururawat dan seorang Jururawat sahaja. Pada mulanya, unit ini berada di ground floor berhampiran dengan makmal dan telah berpindah ke tingkat 2 di Klinik Pakar bersama dengan Unit Inovasi. Pada tahun 2015 Unit ini sekali lagi berpindah ke bangunan Utama di tingkat 4 sehingga sekarang.

Pada bulan September 2019 seorang Pegawai Perubatan UD48 telah dilantik sebagai Ketua Unit di Unit Kawalan Infeksi. Buat masa sekarang Unit Kawalan Infeksi beroperasi dengan 2 orang Pegawai Perubatan, seorang Penyelia Jururawat U36 , 2 orang Ketua Jururawat U32 dan 7 orang Jururawat yang terdiri daripada KUP U32 dan U29 bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi di peringkat Hospital dan Negeri.

Visi

Menjadikan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban terkawal dari healthcare associated infections (HCAI) dan mengurangkan kadar Multidrug Resistance Organism (MDRO) ke tahap yang minima.

Misi

  1. Memperkukuhkan amalan kawalan infeksi di hospital mengikut standard dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi untuk mengurangkan jangkitan Healthcare Associated Infection (HCAI)

  3. Menjalankan aktiviti Lab based surveillance untuk mengesan awal kes MDRO

  4. Memastikan penggunaan antibiotik mengikut protocol Antimicrobial stewardship (AMS)

Objektif

  • Memastikan kejadian MRSA dan ESBL KLPN yang berlaku di HTJS sentiasa kurang atau sama dengan 0.3% setiap bulan.

  • Mengawal kejadian ESBL E-Coli yang berlaku di HTJS kurang atau sama dengan 0.2% setiap bulan.

  • Memastikan kadar pencapaian kepatuhan kepada hand hygiene di HTJS lebih atau sama dengan 80% setiap bulan.

Perkhidmatan

A. Tugas Penyeliaan Klinikal
  1. Menyelia, aktiviti pencegahan dan pengawalan kejadian jangkitan Nosokomial dan keseluruhan penyakit yang boleh berjangkit kepada pesakit, anggota kesihatan dan orang awam.

  2. Merancang semua aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan Nosokomial untuk memastikan jururawat kawalan infeksi dan link nurse di wad sentiasa menjalankan aktiviti kawalan infeksi yang terdapat di dalam buku polisi dan prosedur kawalan infeksi Kementerian Kesihatan Malaysia.

  3. Menyelia dan memberi khidmat nasihat mengenai polisi dan prosedur isolasi pesakit dan isu-isu yang berkaitan dengan kawalan infeksi.

  4. Menyelia aktiviti pengubahsuaian dan naik taraf bangunan di hospital dan membantu di dalam khidmat nasihat mengenai kawalan infeksi untuk pengurusan peralatan baru yang digunakan di dalam perawatan pesakit.

  5. Menyelia aktiviti kajian kes jangkitan Nosokomial yang berkaitan dengan jangkitan Nosokomial.

  6. Melaporkan kepada Ketua Jabatan, Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan sebagainya jika melihat patent luarbiasa kejadian kes jangkitan Nosokomial untuk ‘outbreak’ supaya tindakan pencegahan boleh dilakukan.

  7. Menyelia semua proses notifikasi kes Nosokomial adalah tepat dari segi kaedah dan masa.

  8. Melakukan penyeliaan dan pemantauan tentang pengambilan darah dikalangan Doktor di wad bersama dengan UKKP dan UKPAS JKNNS. 

B. Tugas Pengawalan dan Pencegahan
  1. Memantau program immunisasi Hepatitis B kepada semua anggota kesihatan barisan hadapan.

  2. Memantau program imunisasi suntikan thypoid kepada anggota yang menyelia makanan pesakit.

  3. Memantau program imunisasi atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  4. Menyelia penggunaan beberapa peralatan ‘safety device’untuk digunakan oleh anggota kesihatan

  5. Memesan beberapa peralatan pakai buang seperti alat pelindung diri, bahan disinfectant dan sebagainya yang berkaitan dengan mengawal dan mencegah jangkitan Nosokomial Hospital.

C.Tugas Pengkajian
  1. Menguruskan aktiviti audit seperti audit hand hygiene, audit Enviroment, audit Kebersihan kawasan Unit Sajian dan Dietitik dan audit proses Disinfeksi dan pensterilan peralatan pesakit, audit prosedur pengambilan darah pesakit Audit Dressing.

  2. Menyelia aktiviti kajian diperingkat Kebangsaan, hospital oleh Juruawat Kawalan infeksi dan Link Nurse di wad mengikut takwim yang disediakan.

  3. Menganalisa data kes-kes Nosokomial yang telah dikumpulkan daripada makmal.

  4. Menganalisa data kes ‘sharp injury’ yang dilaporkan daripada Jabatan

  5. Menyediakan laporan lengkap untuk semua kejadian kes jangkitan Nosokomial, kes sharp injury, laporan audit-audit yang dijalankan kepada pihak yang berkenaan.

  6. Menyediakan laporan aktiviti kawalan infeksi 2 kali setahun untuk rujukan pihak jabatan/unit.

  7. Menyediakan laporan lengkap bagi setiap kejadian kes jangkitan Nosokomial yang luar biasa kepada ketua jabatan yang terlibat untuk tindakan.

D.Tugas Pendidikan
  1. Menguruskan aktiviti kursus  kawalan infeksi mengikut takwim.

  2. Menyediakan perkhidmatan latihan,kursus serta taklimat kepada anggota kesihatan dan pelatih-pelatih berkaitan dengan kawalan infeksi.

  3. Mengendalikan kursus pencegahan kecederaan oleh alatan tajam di kalangan anggota kesihatan.

  4. Mengendalikan sesi taklimat dan ceramah berkaitan dengan aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan Nosokomial kepada semua wad/unit mengikut takwim dan keperluan semasa.

  5. Menguruskan beberapa sesi latihan pengguna mengenai penggunaan bahan pakai buang, bahan disinfectant, safety device dan semua yang berkaitan dengan kawalan infeksi.

  6. Mengedarkan maklumat berkaitan dengan kawalan infeksi kepada semua wad/unit seperti buku rujukan dan garis panduan yang berkaitan.

E. Tugas Penyiasatan
  1. Mengendalikan aktiviti penyiasatan berkaitan dengan kejadian luar biasa kes jangkitan Nosokomial.

  2. Melibatkan diri di dalam siasatan kes jangkitan penyakit pekerjaan di kalangan anggota kesihatan seperti kes biological hazad

F. Tugas Pentadbiran
  1. Menghadirkan diri di dalam mesyuarat- mesyuarat yang berkaitan mengikut takwim.

  2. Mengendalikan aktiviti untuk mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi peringkat JKNNS mengikut takwim.

Direktorat Perkhidmatan Kualiti & Survelan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat