Unit Kesihatan Awam

Unit Kesihatan Awam

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam merupakan salah sebuah unit perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.Ia ditubuhkan pada November 2001 di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Unit ini menyediakan perkhidmatan berkaitan Kesihatan Awam seperti Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Keselamatan & Kualiti Makanan, Kawalan Hasil Tembakau dan Penguatkuasaan & Perundangan di kalangan bagi pesakit, pelawat dan warga hospital.

Visi

Memberi perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti bagi menjalinkan persekitaran hospital sebuah persekitaran yang sihat dan sejahtera melalui pelaksana aktiviti-aktiviti kesihatan awam sejajar dengan undang-undang kesihatan awam.

Misi

Mewujudkan persekitaran hospital yang sihat, sejahtera dan terkawal daripada punca jangkitan penyakit serta selamat bagi pesakit, pelawat dan warga hospital.

Objektif

Melaksanakan aktiviti berkaitan kesihatan awam merangkumi bidang Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Keselamatan & Kualiti Makanan, Kawalan Hasil Tembakau dan Penguatkuasaan & Perundangan menerusi kerjasama antara warga hospital kearah peningkatan persekitaran hospital yang sihat dan sejahtera.

Perkhidmatan

Unit Kesihatan Awam bertanggungjawab merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan awam di premis hospital mengikut program utama yang berikut:

  1. Kawalan Penyakit Berjangkit

  2. Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

  3. Keselamatan dan Kualiti Makanan

  4. Kawalan Hasil Tembakau

  5. Penguatkuasaan dan Perundangan

Direktorat Perkhidmatan Kualiti & Survelan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat