Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan

Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Unit Pendidikan Kesihatan adalah salah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan bukan Klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat agar menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti promosi kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti promosi kesihatan pada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa. Secara langsung dan tidak langsung, unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan tahap pecegahan penyakit secara umum.

Visi

Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.

Misi

Memberi maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif.

Objektif Am

Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit kearah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.

Objektif Khusus
  1. Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.

  2. Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan

  3. Beroperasi sebagai One Stop Center bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.

  4. Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan oleh unit adalah seperti berikut :

  1. Sesi Kelas Pendidikan Pesakit. Dahulunya keutamaan diberikan kepada Diabetes sehingga wujudnya Pusat Sumber Diabetes yang dikendalikan sepenuhnya oleh Diabetic Educator di bawah Jabatan Perubatan. Unit lebih mengendalikan penyakit berjangkit bermusim yang lebih memerlukan pendedahan kepada orang ramai dan juga petugas kesihatan sendiri.

  2. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM). Perkhidmatan yang telah mula diberikan semenjak tahun 2007 lagi ini adalah terbuka kepada pesakit dalam, pesakit luar, waris pesakit dan juga anggota hospital yang dirujuk. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama bersama dengan Pegawai Farmasi daripada Jabatan Farmasi dan juga Pegawai Perubatan daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan dikelolakan oleh Unit Pendidikan Kesihatan dan perkhidmatan ini terletak di aras G bangunan Klinik Pakar.

  3. Penerbitan Bahan Pendidikan Kesihatan. Proses bahan penerbitan ini adalah tertakluk mengikut keperluan dan cetakan berwarna juga adalah ditentukan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dengan mengambil kira kos dan keperluan yang difikirkan sesuai dengan permintaan. Pre test bahan pendidikan akan dilakukan oleh klien atau Unit Pendidikan Kesihatan bagi menguji tahap kefahaman kumpulan sasar terhadap bahan tersebut.

  4. Pengedaran/Permohonan Bahan Pendidikan Kesihatan. Bahan pendidikan kesihatan yang diterima daripada luar samada daripada Jabatan Kesihatan Negeri, NS ataupun Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM akan direkodkan ke dalam rekod unit dan diedarkan kepada jabatan/unit/wad yang berkenaan mengikut kesesuaian dan keperluan dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan.

  5. Perancangan dan Pengurusan Latihan Pendidikan Kesihatan. Perancangan latihan adalah mengikut takwim seperti yang disediakan oleh Unit Latihan dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Direktorat di bawah Timbalan Pengarah Perubatan II pada awal setiap tahun.

  6. Pameran Kesihatan. Lokasi pameran di dalam hospital adalah di ruang legar lobi Klinik Pakar di tingkat G. Pameran adalah mengikut tarikh sambutan hari khas kesihatan sepert yang sedia ada di dalam takwim tahunan. Pameran di luar daripada kawasan hospital adalah mengikut keperluan dan kesesuaian.

  7. Mengurus Pusat Sumber Transplan (Pendermaan Organ). Selain daripada memberikan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok, orang awam dan juga anggota hospital boleh mendapatkan perkhidmatan maklumat mengenai Pendermaan organ dan seterusnya menjadi pengikrar penderma organ dengan menggunakan kad yang disediakan. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah dan juga kadar gula dalam darah juga disediakan kepada orang awam dan anggota hospital yang memerlukan secara percuma.

  8. Sambutan Hari Khas Kesihatan. Sambutan hari khas kesihatan adalah mengikut perancangan awal seperti yang dibincangkan di peringkat negeri dan dimasukkan ke dalam takwim tahunan.

  9. Penyediaan Reten Program Pendidikan Pesakit. Reten yang berkenaan seperti reten Klinik Berhenti Merokok, reten pengikrar penderma organ, reten bahan pendidikan, pameran kesihatan dan yang lain-lain yang berkenaan akan dikumpul dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Bahagian Pendidikan Kesihatan mengikut format yang diberikan.

Direktorat Perkhidmatan Kualiti & Survelan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat