Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi
Pengenalan
Visi
Misi
Perkhidmatan
Perkhidmatan pembiusan bagi pembedahan elektif dan kecemasan dari pelbagai disiplin pembedahan di Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Trauma, Dewan Bedah Bersalin dan Dewan Bedah Pusat Rawatan Harian.
Perkhidmatan rawatan intensif kepada pesakit di Unit Rawatan Rapi ( terdiri dari ICU Anggerik, ICU Bougenvilla dan ICU Cempaka)
Perkhidmatan penilaian pesakit sebelum pembedahan elektif di Klinik Anestesiologi,
Perkhidmatan Kesakitan Akut (APS) dan kronik untuk pesakit selepas pembedahan dan bukan pembedahan (trauma, kanser dan sebagainya)
Perkhidmatan Epidural untuk pesakit obstetrik di Dewan Bedah Bersalin.
Perkhidmatan resusitasi dan intubasi bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Kluster hospital bagi Hospital Rembau untuk kes-kes pembedahan elektif Pembedahan Am, Oral Maksilofasial dan Otorinolaringologi (ENT) setiap minggu.
Penganjuran kursus dan latihan fungsional.
Mengadakan “ Continuous Medical Education “.
Berganding bahu dan bekerjasama bersama pengurusan tertinggi dalam pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti
Berganding bahu dengan Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah dalam merealisasikan program Global Surgical Initiative.
Memberi .latihan dalam bidang Anestesia dan Perawatan Rapi kepada pelajar-pelajar perubatan (IMU, Perdana University, UCSI) dan pelajar-pelajar Penolong Pegawai Perubatan dari Institut Latihan KKM Seremban