Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial

Pengenalan

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Tuanku Ja'afar merupakan pusat rujukan utama fasiliti kerajaan bagi kes-kes maksilofasial dan pergigian di Negeri Sembilan. Klinik OMFS beroperasi di tingkat satu, Blok Klinik Pakar, Hospital Tuanku Jaafar.

Selain menyediakan khidmat konsultasi pakar, klinik ini juga menjalankan rawatan yang diperlukan oleh pesakit yang dirujuk dari klinik pergigian, klinik-klinik pakar lain di hospital dan juga pesakit rujukan dari fasiliti kesihatan lain samada kerajaan mahupun  swasta.

Jabatan ini telah diwartakan sebagai Centre for Specific Management of Dentofacial Deformities (Pusat Rawatan Spesifik Kecacatan Dentofacial) bagi Pembedahan Orthognatik pada 14 September 2017.

Visi

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya dan taraf kesihatan pergigian secara khususnya melalui perkhidmatan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial.

Misi

Menyediakan perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial yang bersesuaian serta berkualiti dan efisien kepada rakyat supaya mencapai tahap kesihatan mulut dan maksilofasial yang optima.

Objektif

Memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti, bersesuaian, bertepatan masa serta mengambil kira aspek pencegahan dan rehabilitasi.

Perkhidmatan

  1. Kes trauma dan kecederaan pada kawasan Oral & Maksilofasial.

  2. Infeksi, patologi dan kanser melibatkan Oral & Maksilofasial.

  3. Pembedahan orthognathic untuk abnormaliti Dentofasial terutama lanjutan dari kes klef serta keadaan kecacatan dan syndromic lain.

  4. Masalah sendi Temporomandibular, patologi pada rahang serta kes perubatan Mulut lain.

  5. Rawatan Pergigian dan prostetik untuk pesakit dengan masalah perubatan kompleks, pembedahan praprostetik dan implant pergigian.

  6. Pusat latihan dan latihan sangkutan Pakar Klinikal Pra Pewartaan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial, pelajar tahun akhir Sarjana Bedah Mulut & Maksilofasial, Pegawai Pergigian lantikan baru, pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian dan posbasik Juruteknologi Pergigian.

  7. Perkhidmatan Kluster / Lawatan Pakar ke daerah Rembau, Jelebu dan Port Dickson.

Direktorat Perkhidmatan Pembedahan & Kecemasan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat