Jabatan Oftalmologi
Pengenalan
Jabatan Oftalmologi menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang oftalmologi umum, sub-kepakaran (sub-kepakaran vitreo-retina, perubatan retina, glaukoma dan komprehensif) dan optometri. Perkhidmatan ini dijalankan di Klinik Pakar Oftalmologi, Dewan Bedah Oftalmologi dan juga wad 4A. Jabatan ini adalah pusat rujukan kepakaran dari seluruh fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan dan juga beberapa daerah di negeri sekitarnya.
Visi
Untuk menubuhkan pusat kecemerlangan dalam bidang oftalmologi dan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat
Misi
Untuk menyediakan perkhidmatan oftalmologi yang profesional merangkumi rawatan, pembedahan dan rehabilitasi dengan teknologi terkini dan selamat oleh kakitangan yang terlatih dan mesra pesakit
Objektif
Menyediakan perkhidmatan klinikal yang cemerlang dalam suasana mesra pesakit dan menuju kearah kepuasan pesakit yang optimum
Menjadi peneraju dalam piawaian khidmat klinikal
Mengambil langkah aktif dalam perkembangan ilmu dikalangan kakitangan melalui program Continuing Medical Education (CME)
Penglibatan dalam kajian klinikal dan sistem kesihatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan rawatan pesakit luar, pesakit dalam (wad) dan rawatan kecemasan mata
Perkhidmatan pembedahan umum mata
Perkhidmatan pembedahan bagi sub-kepakaran vitreo-retina, glaukoma dan komprehensif
Perkhidmatan perawatan bagi sub-kepakaran perubatan retina
Perkhidmatan Retinopathy Of Prematurity Screening
Perkhidmatan optometri (Refraksi, Low Vision, Contact Lens dan Orthoptics)
Lawatan pakar oftalmologi ke Hospital Jelebu, Hospital Port Dickson dan Hospital Rembau
Perkhidmatan pendidikan dan kaunseling kepada pesakit mata
Perkhidmatan pendidikan dan latihan berterusan untuk kakitangan
Perkhidmatan pendidikan bagi pelajar International Medical University (IMU), Universiti UCSI dan Universiti Perdana bagi tujuan penempatan elektif di Jabatan Oftalmologi
Menjadi pusat latihan kepakaran dalam bidang pembedahan umum mata kepada pelatih post-graduate, program Parellel dan Master in Ophthalmology UKM, UM dan USM
Memberi latihan sub-kepakaran kepada pakar-pakar oftalmologi dalam bidang vitreo-retina, glaukoma dan perubatan retina