Jabatan Ortopedik

Jabatan Ortopedik

Pengenalan

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi adalah salah satu jabatan utama di Hospital Tuanku Ja'afar. Ia merupakan jabatan yang menjalankan rawatan kepakaran untuk masalah tulang dan sendi. Terdapat 2 cabang utama jabatan ini iaitu Jabatan Ortopedik dan Unit Perubatan Sukan. Menjalankan rawatan untuk masalah ortopedik pesakit dalam dan pesakit luar, jabatan ini juga menjadi pusat rujukan tertieri bagi kes-kes ortopedik bagi Negeri Sembilan.  Disamping itu, perkhidmatan pesakit luar ortopedik juga dipanjangkan ke Hospital Rembau dan Jempol secara berkala di bawah program Kluster Negeri Sembilan 2.

Visi

Menjadi pusat perubatan otopedik serantau yang cemerlang bagi Negeri Sembilan

Misi

Bersatu membentuk pasukan profesional yang cekap memberi perkhidmatan yang bermutu serta berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan

Objektif

  1. Memberi rawatan ortopedik secara profesional dengan berkesan serta memenuhi kehendak pelangan dengan teknologi semasa.

  2. Membentuk pasukan kepakaran ortopedik profesional yang cekap dan berwawasan dengan aliran teknologi terkini

  3. Menjadi pusat rujukan tertieri bagi permasalahan Ortopedik bagi Negeri Sembilan

  4. Menjadi pusat latihan bagi subkepakaran Ortopedik di bidang yang berkelayakan

  5. Membina pasukan ortopedik yang bernilai murni, berpengetahuan dan berintergriti serta mampan

Perkhidmatan

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Tuanku Jaafar melaksanakan tugas-tugas pengesanan, perawatan dan pengurusan kes-kes dari semua kategori penyakit yang melibatkan tulang anggota badan, tulang belakang dan tulang pelvis. Ini termasuk kes kes kongenital, developmental, degenerative, trauma, infeksi serta ketumbuhan neoplastik. Perkhidmatan dijalankan samada sebagai pesakit dalaman atau sebagai pesakit luar. Bagi penyakit penyakit yang memerlukan perkhidmatan yang tidak terdapat di HTJS, rujukan ke pusat rujukan dilakukan mengikut polisi rujukan oleh kementerian kesihatan melaysia. Kakitangan Ortopedik juga terlibat dalam pengurusan bantuan atau sokongan kepada pelbagai agensi kerajaan.

Perkhidmatan Pesakit Dalaman

Perkhidmatan ini disediakan untuk pesakit yang memerlukan perawatan dan pemerhatian yang intensif dan aggresif . Pesakit juga mungkin memerlukan perawatan yang invasif atau pembedahan major

  • Wad Ortopedik Lelaki - wad 4B

  • Wad Ortopedik Perempuan - wad 2B

  • Wad pesakit kanak-kanak

  • Wad pesakit rujukan dalaman - wad unit primari

Jabatan Ortopedik juga menjalankan konsultasi keluarga untuk memberi penerangan kepada keluarga dan waris pesakit mengikut temujanji yang dibuat terlebih dahulu dikaunter wad- wad.

Perkhidmatan Pesakit Luar Pakar

Perkhidmatan Pesakit luar Ortopedik terdiri dari Klinik Ortopedik Am dan Klinik Pakar Perubatan Subkepakaran Sukan. Perkhidmatan kedua-dua klinik ini disediakan bagi pesakit yang mengalami masalah penyakit ortopedik yang ringan, perawatan yang tidak aggresif tetapi memerlukan pemerhatian yang berkala.

Perkhidmatan ini dijalankan pada setiap hari di Klinik Pesakit Luar Ortopedik di Kompleks Klinik Pakar HTJS. Waktu operasi klinik adalah seperti berikut

  • Isnin - Khamis: 8.00 pagi - 1.00 petang

  • Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tghari

Perkhidmatan ini dijalankan secara temujanji bagi pesakit untuk rawatan lanjutan. Bagi pesakit baru, rujukan hendaklah dibuat terlebih dahulu temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu dari pusat dimana pesakit dirujuk. Pesakit dinasihatkan untuk datang 30 minit dari masa temujanji pada tarikh yang telah ditetapkan. Pendaftaran ditutup selepas jam 12 tghari kecuali hari jumaat pada jam 11.30 pagi. Pendaftaran lewat akan diberi tarikh baru mengikut kesesuaian.

Perkhidmatan Pembedahan Ortopedik

Jabatan ini menjalankan hampir kesemua kategori pembedahan otopedik termasuk pembedahan arthroplasty, spinal, arthroplasty, pediatrik dan trauma. Ianya dilakukan secara elektif, kecemasan ataupun melalui kaedah pembedahan harian.

Pembedahan trauma dan kecemasan dijalankan pada setiap hari mengikut keutamaan jenis kes. Kes dipilih dari kalangan pesakit yang berada di wad-wad otopedik yang memerlukan pembedahan dengan kadar segera.

Pembedahan elektif dilakukan pada setiap hari mengikut ketetapan yang telah diberi semasa konsultasi di klinik. Persiapan untuk pembedahan elektif dilakukan sebagai pesakit luar termasuk pengambilan darah, temujanji bersama doktor bius, pengambilan siasatan radiologi, perancangan pembekalan inplan dan sebagainya.

Pembedahan Harian dilakukan di Pusat Rawatan Harian atas dasar pesakit hadir dan pulang kerumah pada hari yang sama dengan hari pembedahan. Pembedahan yang dilakukan adalah pembedahan kecil yang dilakukan sama ada degan pembiusan am yang singkat atau pun dibawah pembiusan setempat. Pemilihan kes yang sesuai untuk pembedahan ini serta penetapan tarikh pembedahan dilakukan di Klinik Luar Pakar Otopedik. Jika keadaan pesakit memuaskan selepas pemerhatian singkat post-pembedahan, pesakit akan dibenarkan pulang diiringi oleh seorang peneman yang berdaftar.

Perkhidmatan Pesakit Luar Otopedik Kluster Negeri Sembilan 2

Jabatan Otopedik HTJ juga melakukan lawatan berkala di Hospital Rembau dan Hospital Jempul. Lawatan diketuai oleh seorang pakar otopedik dan dua orang pegawai perubatan setiap dua (2) bulan sekali merawat pesakit dihospital ini di Klinik Pakar hospital berkenaan. Perancangan masa depan untuk meningkatkan kekerapan kunjungan serta memperluaskan perkhidmatan untuk meliputi perkhidmatan pembedahan.

Perkhidmatan Rujukan dan pembedahan Tertieri Disiplin Otopedik

Sebagai sebuah jabatan utama di Hospital peringkat Negeri, jabatan ini menjadi pusat rujukan bagi pelbagai kes otopedik dari hospital -hospital lain di Negeri Sembilan. Perkhidmatan yang diberi bergantung kepada keperluan kes termasuk melakukan pembedahan di hospital asal pesakit atau mengambilalih pengurusan kes ke Hospital Tuanku Ja'afar.

Bagi kes-kes Advance Muskuloskelatal Trauma (AMT), pasukan AMT melakukan lawatan pembedahan di hospital-hospital di seluruh Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Lawatan ini dilakukan hampir setiap minggu dan diketuai oleh seorang pakar AMT bersama 2 pegawai perubatan AMT.

Latihan subkepakaran Advanced Muskuloskeletal Trauma dan subkepakaran Perubatan Sukan

Jabatan Otopedik HTJ menerima pelatih program Subkepakaran bagi kedua-dua disiplin ini. Latihan dilakukan sepenuh masa mengikut tempoh latihan yang ditetapkan oleh Bahagian Latihan Subkepakaran KKM. Seramai 4 hingga 6 orang pelatih boleh ditempatkan di jabatan ini pada satu masa.

Direktorat Perkhidmatan Pembedahan & Kecemasan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat