Jabatan Pembedahan Am

Jabatan Pembedahan Am

Pengenalan

Jabatan Pembedahan memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang pembedahan am dan juga subkepakaran bidang Kolorektal, Neurosurgeri dan Pembedahan Kanak-Kanak. Melatih paramedik, subkepakaran Kolorektal, Pegawai Perubatan Sarjana Surgeri dan Pegawai Perubatan Siswazah.

Merawat kes-kes yang dirujuk dari seluruh daerah di Negeri Sembilan dan juga dari negeri lain. Merujuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Selayang (seperti kes-kes pembedahan Vascular, Hepatobiliari dan Urologi). Merupakan salah satu pusat latihan subkepakaran kolorektal sejak tahun 2006 dan mempunyai (1) Pakar Perunding Kolorektal. Perkhidmatan Neurosurgeri bermula sejak tahun 2016 dan kini mempunyai (3) orang Pakar Bedah. Perkhidmatan Pembedahan Kanak-kanak bermula sejak Disember 2019 dengan kehadiran (2) Pakar Bedah.

Jabatan ini juga menerima kunjungan lawatan Pakar Pembedahan Plastik, Urologi dan Onkologi secara bulanan. Jabatan ini juga memberi latihan kepada Pegawai Perubatan yang sedang mengikuti Program “Masters in Surgery” secara sistem terbuka dan juga latihan kepada Pegawai Perubatan Siswazah, penuntut dari International Medical Universiti (IMU) serta Perdana Universiti. Memberi latihan kepada penuntut elektif dari universiti luar negara.

Visi

Memastikan pesakit akan menerima perkhidmatan yang terunggul dan secara menyeluruh dari kemasukan ke wad sehingga penyembuhan. Perkhidmatan yang cepat dan terbaik dengan bantuan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan progresif.

Misi

Untuk memberi perkhidmatan diagnostik, rawatan dan rehabilitasi yang terbaik, efektif dan berkualiti untuk pesakit. Juga memastikan pesakit mendapat rawatan yang menyeluruh dan secara komprehensif.

Meningkatakan mutu perkhidmatan dengan bantuan teknologi dan kemudahan terkini demi mempercepatkan proses penyembuhan selepas pembedahan.

Objektif Umum

Matlamat utama jabatan ini adalah menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan pembedahan am yang komprehensif, berkesan, berkualiti dan berintegrasi untuk rawatan pesakit bagi penduduk di Negeri Sembilan.

Objektif Khusus

Menyediakan perkhidmatan pembedahan kolorektal yang terbaik dengan kaedah yang terkini “Minimally Invasive Surgery” dengan tahap penjagaan yang terbaik.

  1. Memastikan masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penyakit kanser seperti kanser usus dan payudara.
  2. Memastikan pesakit yang menjalani pembedahan tidak menghadapi kesan sampingan yang memudaratkan.
  3. Meneruskan program seperti CME (Continuous Medical Education) untuk petugas kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja.
  4. Mengutamakan kerja berpasukan dan mengeratkan hubungan di antara petugas dalam jabatan.
  5. Melaksanakan aktiviti “Quality Assurance” kerana ia adalah pengukur untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  6. Memastikan perkhidmatan pembedahan dapat diterima di hospital lain di Negeri Sembilan untuk mempermudahkan pesakit.

Jabatan Pembedahan terdiri daripada:

  1. Pembedahan Am
    • Kolorektal
    • Breast & Endocrine
    • Hepatobiliry
    • Upper GI
  2. Pembedahan Neurosurgeri
  3. Pembedahan Kanak-Kanak
  4. Pakar Atas Lawatan
  5. Urologi
  6. Plastik
  7. Onkologi

 Jabatan Pembedahan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Pesakit Luar
  2. Pesakit Dalam
  3. Pembedahan
    • Elektif
    • Kecemasan
  1. Prosedur Endoskopi
    • Elektif
    • Kecemasan
  1. Pusat Rawatan Harian
    • Pembedahan
    • Kemoterapi

Direktorat Perkhidmatan Pembedahan & Kecemasan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat